Akhirnya, rakyat Malaysia dibenarkan bergerak ke sana ke sini dan melancong dalam negara. Pasti anda sudah mula membuat tempahan pakej dan juga penginapan di destinasi pilihan.

Walaupun kita dibenarkan untuk melancong, anda harus sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan agar tidak terjangkiti dengan wabak pandemik COVID-19.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang harus anda lakukan sebagai langkah berjaga-jaga apabila ‘check-in’ ke tempat penginapan anda. Jika dahulu kita hanya periksa sama ada kemera tersembunyi, kini kita kena berjaga-jaga dengan wabak COVID-19 pula.

Sekiranya anda perlu check-in ke hotel atau airbnb atas urusan tertentu, ini adalah apa yang perlu anda lakukan.✔️…

Posted by Public Health Malaysia on Saturday, 6 June 2020

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, ketika anda ingin masuk ke bilik penginapan anda seperti hotel dan sebagainya, anda perlu lakukan beberapa perkara sebagai langkah pencegahan. Anda perlu memilih hotel yang mematuhi SOP dan menyediakan cecair disinfeksi atau spray disinfeksi.

Kemudian, semburkan cecair disinfeksi atau spray disinfeksi di tombol pintu, tandas, katil, dan permukaan yang sering di sentuh. Akhir sekali, buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit untuk pengudaraan dan pencahayaan kerana kita tidak tahu siapa pelanggan sebelum kita.

Diharap anda yang ingin melancong sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan elakkan berada di tempat yang sesak. Sama-sama kita memutuskan rantaian COVID-19 ini. Kita pasti boleh!

Kami kongsikan tip dan trik untuk anda tempah tempat penginapan dengan harga murah. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

2 Cara Mudah Kesan ‘Hidden Camera’ Di Tempat Penginapan Anda

5 Hotel Mewah Tetapi ‘Murah’ Di Melaka

Anda Mungkin Suka