Musim cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Pasti ramai diantara kita yang merancang untuk travel bersama keluarga. Aspek kesihatan adalah salah satu aspek yang hendaklah diambil kira semasa travel.

Cirit birit, demam, selsema dan batuk adalah antara simptom yang paling banyak dialami oleh traveller. Jika kita hendak membeli ubat di farmasi diluar negara, harga nya boleh dikatakan agak mahal dan juga terhad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ubat-perlu-bawa-masa-travel-15

Jadi, apa salah nya bersiap sedia dengan membawa dari Malaysia lagi. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Sudah beberapa kali ketika saya menjalankan tugas, ada beberapa pesakit datang untuk mendapatkan ubat untuk digunakan ketika travel. Apabila ditanya kembali, kebanyakkan dari mereka kurang arif ubat apa yang sesuai dibawa ketika travel.

Disini saya sertakan antara ubat- ubat yang biasa dibawa ketika travel.

1. Paracetamol

ubat-perlu-bawa-masa-travel-2

Nama lainnya adalah panadol. Ianya digunakan untuk menyembuhkan demam dan juga sakit- sakit yang ringan.

Kebiasaannya dos yang ada adalah 500 mg. Jadi anda disarankan untuk mengambil 1g (2 biji) 4 kali sehari.

2. Ibuprofen

ubat-perlu-bawa-masa-travel-4

Ianya dalam kategori Non Streroidal Anti Inflammatory Drug ( NSAID) dan digunakan untuk sebagai ubat penahan sakit

Jika ketika travel, anda banyak melakukan aktiviti lasak seperti hiking dan berjalan. Ubat ini amatlah sesuai untuk dibawa. Anda boleh mengambil 200- 400 mg setiap 4-6 jam sehari

3. Cetrizine

ubat-perlu-bawa-masa-travel-1

Ianya adalah anti histamine yang tidak mengantuk dan berguna untuk mengurangkan alergik, selsema, hidung berair, resdung dan juga gatal- gatal. Anda boleh mengambil ubat ini 1 biji pada waktu pagi.

4. Piriton

ubat-perlu-bawa-masa-travel-11

Piriton adalah anti histamine yang menyebabkan mengantuk. Fungsinya adalah sama dengan cetrizine. Ianya boleh diambil 1 biji (4 mg) 3 kali sehari. Saya mencadangkan mengambil untuk ini 1 biji pada waktu malam.

5. Copastin

Copastin adalah ubat batuk tetapi dalam bentuk tablet. Ianya amat sesuai untuk dibawa kerana bukan berunsur cecair. Tambahan pula, ubat ini tidak mengantuk dan boleh diambil 1 biji 3 kali sehari.

6. ORS

ubat-perlu-bawa-masa-travel-6

ORS atau nama lainnya adalah air garam adalah untuk rawatan cirit birit. Pastikan anda mengambil 1 paket setiap kali membuang air besar.

7. Buscopan (Hyosine)

ubat-perlu-bawa-masa-travel-9

Buscopan adalah ubat yang boleh mengurangkan sakit perut. Ianya boleh diambil 1 biji 3 kali sehari.

8. Lomotil

ubat-perlu-bawa-masa-travel-6

Lomotil adalah ubat yang boleh mengurangkan cirit birit. Ianya boleh diambil 1 biji 3 kali sehari.

9. Ranitidine

ubat-perlu-bawa-masa-travel-8

Ranitidine adalah ubat untuk mengurangkan sakit gastrik. Ianya boleh dimakan 1 biji (150 mg) 2 kali sehari.

10. Maxolon

Ubat ini adalah untuk mengurangkan muntah dan boleh diambil 1 biji 3 kali sehari.

11. Lozenges

Lozenges adalah ubat yang boleh dimakan untuk mengurangkan sakit tekak (dihisap).

12. Krim antifungal dan anti bakteria

Jika anda travel dalam jangka masa yang lama, krim tersebut amat bermanfaat. Antara contoh krim anti fungal adalah seperti Econazine dan anti bacteria adalah seperti gentamcin.

Sebagai seorang pengamal perubatan saya cuba untuk mengelak penggunaan ubat seboleh mungkin. Tetapi, ketika travel saya tidak mahu sakit-sakit yang ringan menjejaskan semangat untuk travel. Semoga bermanfaat

Naeim.
12 Ossory ST, M14 4 BX