Chef Sky Tai berjaya merangkul gelaran Chef Sushi Terbaik Dunia dalam pertandingan World Sushi Cup yang berlangsung di Tokyo, Jepun tempoh pada bulan Ogos yang lalu. Chef yang berasal dari Kluang, Johor ini sudah berkecimpung dalam bidang kulinari sushi ini semenjak tamat sekolah menengah lagi.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Norwegian Seafood Council adalah pihak yang memainkan peranan penting yang menyumbang kepada kejayaan Chey Sky Tai. Bersama beliau, seorang lagi finalis dari Malaysia, Chef Steve Chua turut sama menyertai World Sushi Cup 2018 ini.

sky tai

Dari kiri: Joanne Oo (General Manager Norway Connect Malaysia), Chef Steve Chua World Cup Sushi 2018, Chef Sky Tai Koon Siang dan Jon Erik Steenslid (Regional Director South East Asia of Norwegian Seafood Council)

Pengalaman selama 12 tahun sememangnya memberi kelebihan untuk beliau dalam memikat hati juri. Beliau kini masih berkhidmat di salah sebuah restoran sushi terkemuka di negara jiran, Singapura. Pertandingan di peringkat antarabangsa itu menampilkan seramai 40 orang chef sushi dari seluruh dunia yang ternyata membuatkan kemenangan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.

View this post on Instagram

Throw back : Press Event organized by NSC in KL

A post shared by Sky Tai (@skytai83) on

Siapa sangka barisan sushi yang bertemakan “Malaysia-Truly Asia” yang menampilkan identiti Malaysia berjaya menewaskan chef-chef hebat dari negara lain.

sushi

Bukan itu sahaja, beliau turut dinobatkan sebagai pemenang kategori Traditional Edomae Sushi dan Creative Sushi.

Jika anda mahu mencuba sendiri sushi buatan Chef Sky, anda perlu ke Singapura kerana Chef Sky kini menjadi chef di salah satu cawangan Standing Sushi Bar. Apabila ditanya sama ada beliau mahu membuka restoran sushi milik beliau sendiri di Malaysia, beliau berkata mungkin di masa hadapan dan bukan dalam masa terdekat.

P/S: Tahukah anda ikan salmon terbaik datangnya dari Norway? Jika anda mahu membeli ikan salmon untuk masakan, pastikan ianya dari Norway kerana salmon dari Norway adalah pilihan chef sushi terkemuka dunia. Jika mereka suka, anda juga pasti akan suka

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group