Empat bekas chef sebuah restoran yang mempromosikan makanan halal di Osaka, Jepun mendedahkan bahawa restoran tempat mereka bekerja menyediakan daging yang tidak halal malah sijil yang dipamerkan juga palsu. Berikutan rasa bersalah yang menyelubungi mereka, mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke Malaysia kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemilik restoran terbabit.

Mereka meminta maaf kepada rakyat Malaysia beragama Islam yang pernah makan di restoran tersebut. Malah, mereka berharap tiada lagi rakyat Malaysia beragama Islam tertipu dengan promosi halal disitu kerana mereka telah melihat sendiri dan pasti bahan yang diproses dari kilang bercampur daging babi.

https://www.youtube.com/watch?v=_ga40dutKIw

Sebelum ini, mereka dimaklumkan restoran tersebut menyediakan menu halal dan menawarkannya kepada pelawat khususnya dari Malaysia untuk mendapat makanan halal tanpa was-was. Akan tetapi, mereka mendapati daging yang dikatakan halal dicampur dengan daging babi dan dipotong menggunakan mesin yang sama ketika mereka mengambil stok bahan mentah dari kilang di Kobe bulan lalu.

BACA: Hati-Hati Jika Anda Menempah Di Vitti Lodge Osaka Selepas Ini

Terkejut dengan keadaan itu, mereka berjumpa pemilik restoran berbangsa Arab dan dia berjanji memastikan perkara berkenaan tidak berulang serta akan sertu mesin berkenaan untuk kegunaan restorannya. Malangnya, perkara tersebut masih tidak diambil tindakan dan ini membuatkan mereka mendedahkan perkara terbabit kepada Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Tindakan lanjut oleh PPIM akan dibincangkan dan dijalankan. Jika sijil halal pun boleh ditipu, mungkin ada satu cara untuk menangani perkara tersebut?

Sumber