Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja Uncle Roger, sudah pasti ramai terbayang teletahnya yang kelakar. Sebelum ini, Uncle Roger berjaya menarik perhatian ramai apabila video reaksinya terhadap video memasak nasi goreng telur oleh hos BBC, Hersha Patel tular di media sosial.

Umum mengetahui, Uncle Roger sudah kembali ke Malaysia dan telah berkunjung ke restoran milik Chef Wan, seorang tukang masak selebriti yang cukup dikenali rakyat Malaysia.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Dalam video yang dimuat naik oleh Uncle Roger, kita dapat lihat bagaimana kecohnya suasana dalam dapur apabila Uncle Roger dan Chef Wan bergabung. Mana tidaknya, Chef Wan dilihat ‘membuli’ Uncle Roger dan turut mengajarnya cara masak dengan betul tanpa bantuan MSG.

Bagi anda yang tidak tahu, Chef Wan sebelum ini pernah ‘mengharamkan’ MSG dalam dapur miliknya, Malah, kita dapat lihat Uncle Roger ‘disekolahkan’ oleh Chef Wan ketika memasak di dapur. Pastinya ini satu adegan yang jarang dapat dilihat dan anda pasti akan terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen rasa terhibur dan mengatakan episod kali ini merupakan episod terbaik yang pernah dimuatnaik olehnya. Malah,  para netizen juga berharap akan ada video antara Uncle Roger dan Chef Wan lagi kelak.

UR1

UR2

UR3

UR4

Bukan itu sahaja, para netizen juga kagum dengan Chef Wan kerana tidak berkecil hati dengan sebarang komen yang dikatakan oleh Uncle Roger. Apakah pendapat anda akan video Uncle Roger bersama Chef Wan ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Selepas 27 Tahun Beroperasi, Netizen Sedih Cawangan Pertama Restoran Chili’s Malaysia Bakal Ditutup

Hanya Mahu Keadilan, Mangsa Pukul Geng Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Anda Mungkin Suka