Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kisah selebriti pastinya menjadi perhatian dan baru-baru ini pernikahan Serina, anak kepada Chef Wan telah menjadi buah mulut netizen. Pada mulanya, hanya desas desus pernikahan Serina dikhabarkan oleh Chef Wan tetapi kini anaknya itu telah bernikah tanpa pengetahuannya.

Luluh dan kecewa hati seorang bapa apabila dibelakangkan seperti itu, Chef Wan hanya mengetahui penikahan anaknya bersama jejaka pilihan, Aidid apabila kakaknya berkongsi akan berita tersebut.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Menurut Chef Wan, dirinya tidak terkejut apabila diketepikan seperti itu tetapi hanya terkilan dengan tindakan yang diambil oleh anaknya itu. Walau bagaimanapun, Chef Wan tetap mendoakan kebahagiaan anaknya meskipun hati terluka.

Menjawab tuduhan segelintir netizen yang mengatakan gara-gara Chef Wan tidak restu perkahwinan dipercepatkan punca anaknya itu bernikah di Siam, lalu Chef Wan menafikan perkara itu.

Menurutnya, pada awalnya beliau hanya mahu menyiasat bakal suami anaknya itu ketika pertemuan pertama mereka dan meminta bersabar beberapa bulan. Malah, beliau juga meminta surat penceraian lelaki tersebut kerana dikatakan sudah bercerai.

Menjawab dakwaan yang tular, Serina menegaskan bahawa dirinya dan suami telah bernikah di Malaysia dalam satu majlis tertutup. Tambahnya, Serina berharap agar segelintir netizen berhenti menabur fitnah.

Diharap hubungan Serina dan Chef Wan akan ada jalan penyelesaiannya kelak. Apa pun, tahniah diucapkan atas perkahwinan Serina dan suami. Apa pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Netizen Simpati Gadis Ini Bayar RM34 Untuk Air Starbucks Pertama Beliau Kerana ‘Add On’

Kecewa Sikap Segelintir Penduduk PPR, Norlia Ghani Berhasrat Mahu Pindah Rumah

Anda Mungkin Suka