Walaupun sering dikriktik netizen, namun usahawan terkenal Aliff Syukri tetap tidak patah semangat untuk menjadi seorang personaliti media sosial yang versatile.

Menguruskan perniagaan kosmetik, menyanyi dan berlakon semuanya sudah pun beliau lakukan. Terbaharu, Aliff Syukri terlibat pula dalam bidang usahawan makanan dan hadir dengan produk makanan berasaskan sup bebola daging keluaran jenama serta resepi hasil air tangan beliau sendiri iaitu Sup Jolo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/COo7uQAJNNX/?utm_medium=copy_link

Ia dijual pada harga RM16.90, harga yang agak tinggi menurut netizen. Dalam pada itu, Sharnaaz Ahmad yang menghasilkan video review makanan untuk saluran YouTube miliknya terpanggil untuk mencuba dan merasa Sup Jolo Alif Syukri yang dikatakan ‘confirm terlajak sedap’.

Walaupun Sharnaaz sudah memuat naik video berkenaan hampir sebulan yang lalu, tetapi ia dikongsi semula oleh chef selebriti terkenal Malaysia, Chef Wan menerusi hantaran di Instagram hari ini. Menurutnya, beliau baru sahaja menonton video berkenaan dan rasa terpanggil untuk beri komen setelah namanya ‘dipetik’ dalam video Sharnaaz.

Susulan itu, Chef Wan menerusi kapsyen untuk video tersebut tampil untuk memberikan kata-kata nasihat kepada Aliff Syukri. Chef Wan berkata, hendak berniaga makanan ini perlu menerima segala komen yang positif mahu pun negatif.

“Hendak berniaga makanan perlu terima komen positif dan negatif. Itulah, orang nak berniaga makanan, dia pun hendak juga. Bukan tak boleh tetapi kena berhati-hati.

“Jika tak pandai masak, kena pergi belajar memasak betul-betul. Kalau tak mahu, sebagai usahawan dan jutawan yang pakai jam tangan berlian, lebih baik dia labur duit kepada orang yang pakar bab bisnes makanan untuk bantu bisnes dia.

“Citarasa kita tak sama dengan orang lain. Jadi, kalau buat cara yang tak betul serta syok sendiri, boleh rugi perniagaan kita dan duit tu lebih baik humbankan sahaja ke dalam longkang jadikan sampah sarap,” kata pedas Chef Wan kepada Aliff Syukri.

Chef Wan juga menambah bahawa tidak semua patut kecam Aliff Syukri kerana biar pun Sup Jolo ini tidak sedap tetapi peminat Aliff Syukri akan tetap setia menyokong jualan produknya ini.

“Siapalah kita untuk kritik. Scam atau tidak Sup Jolo ini, peminat Aliff Syukri akan tetap setia menyokong setiap produk keluaran jenamanya.

“Kepada Aliff dan Sharnaaz janganlah marah saya. Aliff pun, macam-macam hendak dibuatnya,” kata Chef Wan sambil menyertakan emoji tergelak pada akhir kapsyen.

Dalam video penuh Sharnaaz, beliau turut menyarankan kepada Aliff Syukri supaya memperbetulkan semula harga jualan, resipi serta cara penyediaan Sup Jolo supaya ia murah, lebih sedap dan mudah faham untuk disediakan. Moga dijadikan iktibar kepada peniaga semua.

Sebelum ini Aliff Syukri dikatakan ‘mengamuk’ dan marah dalam set penggambaran setelah menerima soalan ‘kurang ajar’ daripada AC Mizal. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Terima Soalan ‘Kurang Ajar’, Aliff Syukri Mengamuk Dan Marah AC Mizal Dalam Set Penggambaran?

Tidak Peduli Dikecam, Aliff Syukri Bangga Lagu Rayanya ‘Trending’ Nombor 1 Di YouTube

Gagal Cari Pembeli, Aliff Syukri Mahu Sewakan Rumah Berharga RM6 Juta