Menyebut tentang cherry blossom pasti anda sudah membayangkan keindahan musim bunga yang dipenuhi dengan bunga sakura. Kedinginan Jepun serta cuaca yang mendamaikan antara yang membuatkan musim ini menjadi pilihan ramai.

Buat anda yang masih lagi mencari destinasti terbaik untuk menikmati musim bunga, kami mempunyai cadangan buat anda. Di mana lagi tempatnya untuk menikmati keindahan cherry blossom yang terbaik sekiranya bukan di Jepun.

Kenapa Jepun?

japanese-cherry-trees-pixabay

Penawaran pelbagai tempat destinasi menarik sepanjang negara ini anda yang membuatkan para pengunjung tidak jemu untuk melawat negara ini. Menariknya, Cherry Blossom turut menjadi tarikan di beberapa tempat di Jepun termasuk Tokyo, Kyoto dan Osaka.

Buat anda yang pertama kali ingin berkunjung ke Jepun, kami yakin anda pasti pening dengan destinasi yang ingin dituju berikutan pilihan yang pelbagai.

Jangan risau, berikut merupakan antara cadangan kami untuk anda menikmati keindahan Cherry Blossom di Jepun. Oh ya, kami juga akan mencadangkan kepada anda tips jimat semasa anda berada Jepun.

1. Transportasi

jrpass2016

Jepun sememangnya negara yang efisien. Baik dari segi gerak kerja mahupun pengangkutan awam. Dalam erti kata lain, travel ke Jepun menggunakan pengangkutan awam bukanlah suatu masalah lebih-lebih lagi apabila melibatkan tren yang sentiasa tepat pada waktunya.

Sebagai pilihan untuk memudahkan pergerakan untuk ke destinasi yang ingin dituju setiap hari, mendapatkan JR Pass merupakan perkara yang berbaloi anda boleh dapatkan. Mendapatkan JR Pass juga membolehkan anda travel ke beberapa destinasi lain seperti Osaka dan Kyoto dari Tokyo.

Sumber: toeuropeandbeyond

Untuk pengetahuan anda, JR Pass merujuk kepada pas untuk anda bergerak menggunakan tren melibatkan pelbagai tren dan juga Tokyo monorail. Bukan itu sahaja, JR Pass turut membolehkan anda menaiki pelbagai bas yang tersedia di Jepun hanya dengan satu pass. Terbaik bukan?

Menurut kami, antara JR Pass terbaik khusus buat para pengunjung yang pertama kali ke Jepun adalah 7 Day Whole Japan Rail Pass. Penawaran harga yang berbaloi bersesuaian dengan kemudahan yang ditawarkan sangat disyorkan buat para pengunjung.

Musim bunga di Hokkaido

Melalui JR Pass anda berpeluang untuk melawat beberapa bandar lain sekitar Jepun termasuk Hokkaido. Bandar yang menjadi tarikan berikutan adanya gunung berapi dan kolam air panas.

Nak tahu apa yang lebih best? Anda berpeluang berjimat sebanyak RM58 lagi dengan menggunakan kod CHERRY58 seterusnya menerima sebuah baucer lagi bernilai RM58. Best bukan?

Selain itu, anda juga boleh klik di sini untuk melihat senarai transportasi yang sesuai dengan pilihan hari anda berada di Jepun.

2. Teman Tema

universal-studio

Sebuah kerugian sekiranya anda ke Jepun dan tidak memasuki antara taman tema ikonik di dunia iaitu Universal Studios Japan. Sekiranya anda membawa kanak-kanak bersama, sudah pastinya lawatan USJ merupakan pengalaman yang bermakna buat mereka.

Di Universal Studios Japan, anda berpeluang untuk berhibur bersama pelbagai pelbagai karakter ikonik seperti Elmo, Minion serta memasuki taman tema Harry Potter yang berjaya menjadi tarikan utama di USJ ini.

16864653_1415219058516318_6784500366748510862_n

Tidak sah rasanya buat para peminat Harry Potter untuk mencuba Butterbeer yang ditawarkan di USJ

Bertempat di Osaka, USJ sentiasa dikunjungi oleh pengunjung dari pelbagai negara setiap hari. Salah satu tips penting yang boleh anda amalkan sebelum berkunjung ke USJ adalah mendapatkan tiket dengan lebih awal.

Dengan cara ini, anda berpeluang menjimatkan masa untuk beratur mendapatkan tiket. Oh ya, sekiranya anda ingin mendapatkan penjimatan berganda dalam mendapatkan tiket USJ, anda berpeluang mendapatkannya di Klook berbanding beberapa laman web lain.

Legoland®Japan1DayPass

Bukan itu sahaja, Jepun turut mempunyai taman tema Legoland Japan khusus buat para peminat Lego. Anda boleh turut melawat taman tema Legoland yang bertempat di Nagoya beserta tiket promo dengan klik di sini.

3. Makanan

maxresdefault

Alang-alang singgah ke Negara Jepun, rugi rasanya sekiranya anda tidak mencuba makanan tempatan. Penawaran makanan yang segar dengan harga berpatutan antara peluang yang tidak boleh anda lepaskan sekiranya ke negara ini.

Bermula dengan makanan street food, anda berpeluang mendapatkan makanan enak seperti Takoyaki dan Taiyaki. Isi sotong yang menyeluruh disalur dengan tepung antara yang menjadi kegemaran buat seluruh Rakyat Jepun serta pengunjung.

Sumber: Nanyfadhly

Selain itu, anda juga sebenarnya tidak perlu berbelanja besar untuk makanan ketika berada di Jepun. Cukup dengan mendapatkan onigiri di Family Mart dan 7-Eleven, anda sudah cukup bertenaga untuk jelajah melihat keindahan Jepun.

Anda juga boleh membawa beberapa bekalan di Malaysia untuk mengurangkan kos perbelanjaan makanan semasa di sana.

4. Cherry Blossom

cherry blossom

Untuk pengetahuan anda, ketika musim bunga atau cherry blossom, anda berpeluang melihat bunga sakura di serata di Jepun. Dalam pada itu, buat para peminat yang ingin mencari destinasi yang dibanjiri bunga sakura khusus, berikut merupakan antara tempat yang kami cadangkan.

Tempat paling popular dan juga penerima bilangan pengunjung paling ramai di Tokyo ketika musim bunga sudah pastinya Ueno Park. Penawaran hampir 800 pokok bunga sakura disekeliling jalan ditambah dengan persekitaran yang romantik antara yang membuatkan tempat ini menerima bilangan pengunjung yang ramai.

Ueno Park juga telah menjadi tempat dimana beberapa filem dan siri Jepun dilakonkan. Sekiranya anda ke sini, pastinya lebih manis sekiranya anda berkelah untuk menikmati keindahan bunga sakura dengan lebih lama. Ueno Park juga turut dikategorikan sebagai antara tempat tercantik di Jepun.

daigo-ji-temple

Sekiranya anda berada di Kyoto pada musim bunga, berkunjung ke Daigo-ji Temple antara yang boleh anda pertimbangkan. Dinobatkan sebagai tempat terbaik melihat bunga sakura di Kyoto, tempat ini menempatkan 700 pokok bunga sakura serta kuil lima tingkat yang menjadi bangunan ikonik di Kyoto.

Khas buat pencinta cherry blossom, kami mempunyai cadangan terbaik untuk memudahkan anda. Tak perlu bersusah payah menaiki kenderaan awam, anda boleh menyertai lawatan bersama siap dengan kemudahan pengangkutan dan pemandu pelancong yang akan membawa anda kesemua lokasi tercantik untuk melihat cherry blossom beserta makan tengah hari secara buffet. Awesome bukan?

5. Perkhidmatan Internet

Japan4GSIMCard(JPpickup)

Berkunjung ke Jepun jika tidak kena caranya mungkin bakal menjadi destinasi travel yang mahal. Dalam pada itu, sekiranya anda mengikuti tips-tips yang diberikan, berkunjung ke Jepun pastinya menjadi destinasi yang berbaloi.

Selepas berjaya mengetahui destinasi yang ingin dituju, promosi tempat penginapan, pengangkutan dan taman tema, seperkara lagi yang sudah menjadi kewajipan anda semasa berada di Jepun adalah perkhidmatan internet.

Berbincang mengenai perkhidmatan internet, menggunakan internet secara roaming sekaligus membuatkan anda bakal dikenakan dengan cas yang tinggi oleh telco. Penawaran data yang sedikit juga mungkin antara yang perlu anda pertimbangkan.

Salah satu tips jimat yang boleh anda amalkan adalah mendapatkan Pocket Wi-Fi untuk memudahkan anda travel sambil kekal bersama internet. Lebih menarik, pengguna pocket Wi-Fi membolehkan anda berjimat dengan lebih banyak berbanding penggunaan secara roaming.

klook-wifi-coffeehan (1)

Sekiranya anda sedang mencari pocket Wi-Fi untuk dibawa ke Jepun, mendapatkan melalui harga promosi di Klook antara yang kami cadangkan. Melalui Klook, anda berpeluang mendapatkan pocket Wi-Fi di KLIA atau KLIA 2. Sampai sahaja di Jepun, anda boleh terus mengaksesnya. Mudah bukan?

Sudah pastinya akses ke destinasi atau memuat naik gambar di Instagram akan lebih mudah dengan penyediaan pocket Wi-Fi. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga promosi.

Bukan itu sahaja, Klook turut menawarkan pelbagai promosi dan kupon khusus buat para pengguna yang ingin mendapatkan tawaran menarik semasa travel. Penawaran promosi ke beberapa destinasi lain seperti Hong Kong, Macau, Bali dan London antara yang ditawarkan.

large_image

Apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi cherry blossom ini untuk berjimat sebanyak RM116 melalui Klook!