CEO, Malaysian Global Innovation & Creativity Center (MaGIC) Cheryl Yeoh yang menjawat jawatan itu pada April 2014 akan meninggalkan agensi kerajaan itu pada 14 Januari 2016.

Kontrak asalnya 2+1 tahun telah dipendekkan dan sebabnya tidak dapat dipastikan. Dan pada masa yang sama MaGIC telah mengarahkan agensi pencarian pekerja mencari pengganti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Membangunkan startup bukan satu tugas yang mudah. Rata-rata menganggap MaGIC sebuah syarikat besar tapi sebenarnya ia sebuah startup yang baru berusia 2 tahun.

Dilancarkan secara rasmi pada April 2014, MaGIC pada asalnya mensasarkan untuk menjadi satu pusat keusahawanan untuk semua sektor, bukan saja dalam industri teknologi.

Namun dalam masa 1 tahun 9 bulan ini, MaGIC lebih dikenali sebagai “Silicon Valley Malaysia” kerana lebih mengketengahkan startup-startup teknologi. Ini sememangnya tersasar daripada mandat asal penubuhan MaGIC yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada Global Entrepreneurship Summit (GES 2013).

Dengan bajet RM70 juta pada 2014 dan RM35 juta pada 2016, tidak banyak hasil yang diketengahkan untuk startup bukan teknologi dan industri lain, terutama di kawasan pedalaman.

Walau bagaimanapun, di bawah pimpinan Cheryl Yeoh, MaGIC berjaya meletakkan nama Malaysia sebagai sebuah hub startup teknologi di mata dunia terutamanya Asia Tenggara.

Beliau juga berjaya melancarkan program e@Stanforad – 57 usahawan dan 31 startup mengambil bahagian dalam dua minggu program di Universiti Stanford dan Silicon Valley.

Selain itu, Yeoh juga melancarkan MaGIC Accelerator Programme (MAP) yang mana 52 startup sekitar Asia Tenggara mengambil bahagian membuatkan Malaysia dikenali sebagai hub startup teknologi.

Bagi kami di The Vocket, untuk menjadikan MaGIC sebagai sebuah kisah kejayaan, Malaysia memerlukan identiti, budaya sendiri dalam membangunkan usahawan dan startup tempatan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber