Linkin Park menjalani rakaman ‘Carpool Karaoke: The Series’ ini beberapa hari sebelum kematian Chester Bennington. Ramai yang beranggapan rakaman ini tidak akan ditayangkan kepada umum namun ianya dimuat naik di laman Facebook Linkin Park semalam.

Dalam rakaman ini, James Corden diganti dengan aktor Ken Jeong yang popular menerusi filem The Hangover. Kalau anda pernah lihat filem Hangover, anda pasti tahu betapa gila-gilanya Ken Jeong ini. Mereka dilihat menyanyikan lagu-lagu popular Linkin Park seperti In The End dan Numb bersama-sama menyusuri jalan di Los Angeles. Nampak biasa dan gembira sahaja Chester secara luaran sepanjang rakaman ini tetapi di dalam, tiada siapa yang tahu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →