Nampaknya restoran Chili’s telah menutup semua cawangannya di Singapura pada 24 Mac 2019 yang lalu. Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak Chili’s dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook rasmi mereka.

Untuk pengetahuan anda, Chili’s telah beroperasi di Singapura hampir 10 tahun dan merupakan berita yang kurang baik buat peminat makanan grill di Singapura.

Berita ini dikatakan agak drastik kerana restoran tersebut baharu sahaja melancarkan promosi sempena dengan cuti sekolah pada minggu lepas. Namun, punca sebenar penutupan kesemua cawangan tidak dinyatakan.

Mungkin bagi mereka yang tinggal di Singapura boleh melancong ke Malaysia untuk makan di restoran Chili’s jika teringin menikmati sajian yang disediakan restoran tersebut. Harapnya juga penutupan semua cawangan di Singapura ini tidak memberi kesan kepada operasi cawangan Chili’s di Malaysia.