Dunia masih belum berhenti dari isu pandemik COVID-19 yang melanda sejak hujung tahun 2019. Korban nyawa semakin hari semakin meningkat. Wabak ini juga telah memberi kesan kepada kelumpuhan sistem kesihatan di beberapa negara. Dan dalam masa yang sama segelintir orang kini yang dibuang kerja ekoran ekonomi yang tidak menentu.

Dalam kekacauan dunia yang masih belum tampak hujung pangkalnya. China, negara pertama yang merekodkan kes wabak COVID-19 bakal mengadakan satu pesta daging anjing, di mana 5,000 ekor bakal dibunuh dan dimakan dalam masa 10 hari. Dalam pada kekacauan wabak COVID-19 di seluruh dunia, para pakar melihat acara ini tidak logik untuk diadakan dan mereka mula bersuara.

Festival ini pertama kali diadakan oleh peniaga daging anjing di Yulin pada tahun 2010 dengan tujuan untuk meningkatkan penjualan daging anjing. Setiap tahun, pada musim panas di 21 Jun, kebanyakan kedai daging anjing di pasar sekitar bandar ini akan mula memasarkan daging anjing.

The Independent

Media antarabangsa dalam beberapa hari ini melaporkan pihak berkuasa kesihatan dan kumpulan hak haiwan sudah mula menyuarakan ketidapuasan hati mereka. Kumpulan ini menentang idea untuk mengadakan Festival Daging Anjing Yulin di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan mereka juga menentang mana-mana cubaan untuk membunuh haiwan.

Bagi mereka, festival ini berlangsung tanpa rasa hormat kepada binatang. Ribuan anjing jalanan akan ditangkap, diletakkan dalam sangkar dawai dan dipandu ke destinasi selama berhari-hari atau berminggu-minggu. Anjing ini dinafikan hak untuk makan atau minum, sangkar mereka juga dibiarkan dengan najis dan air kencing. Ada sebahagian anjing ini meninggal dunia sebelum sampai ke destinasi.

Difahamkan bahawa anjing liar akan diimport keluar sebagai persediaan untuk acara terbabit. Peniaga di beberapa kedai dan pasar sudah mula menangkap dan menjual anak anjing untuk digunakan pada Festival Daging Anjing Yulin. Humane Society International (HSI) menyatakan bahawa mereka  sudah berjaya mengesan lapan kedai yang menjual anjing di kawasan Pasar Dongkou. Manakala 18 kedai lagi di Pasar Nanqio.

10a-ns-dog_meat-210617
Straits Times

Seorang pakar China di HSI, Dr Peter Li mengatakan bahawa dia bimbang dengan tindakan mengadakan acara ini kerana dunia masih belum reda dengan situasi wabak COVID-19. “Membiarkan orang ramai di depot dan restoran atas nama festival akan memberi risiko kepada kesihatan awam,” kata Li. Setakat ini, dua bandar besar di China, Shenzhen dan Zhuhai, telah mengharamkan pembunuhan anjing.

China pada akhir Februari 2020 telah mengeluarkan larangan pengedaran daging binatang eksotik kerana didakwa sebagai sumber penularan wabak corona. Manakala awal minggu lalu, aktivis hak haiwan telah berjaya menahan sebuah lori yang menuju ke Yulin dan menyelamatkan beberapa ekor anjing yang bakal dibunuh dan dimakan. Difahamkan bahawa lori yang membawa anjing tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah atau sijil kesihatan yang mengizinkan mereka membawa binatang.

xiKeMKrtQojySGS-800×450-noPad
Change.org

Jurucakap kepada badan bukan kerajaan NoToDogMeat memberitahu wartawan bahawa mereka sedang mengerahkan beberapa sumber dalam usaha untuk melawan sebarang usaha membunuh dan memakan haiwan tersebut. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif NoToDogMeat, Julia de Cadenet turut memberi amaran kepada para penjual bahawa mereka bakal menerima tindakan undang-undang jika terus membunuh haiwan liar.

Untuk rekod, berdasarkan data 2020, negara China telah membunuh sekurang-kurangnya 10 juta anjing setiap tahun. Anjing-anjing ini bakal dijual di pasar basah. Para peniaga pula akan menjual bermacam jenis, dari daging, sosej anjing, kaki anjing panggang, sehingga bahagian kemaluannya.

Warga China rai bebas COVID-19 dengan membuka semula pasar basah haiwan eksotik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Pemerintah Kota Shenzhen Di China Larang Penduduk Makan Daging Kucing Dan Anjing

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus