Pada ketika ini banyak negara semakin bimbang dengan kehadiran China kerana rakyat negara itu sudah mula melancong ke luar negara ekoran sempadan telah dibuka semula bermula awal tahun ini.

Terbaharu, China mengutuk negara yang mengenakan syarat ujian COVID-19 baharu ke atas penumpang warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negara, lapor Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sehubungan itu, Beijing memberi amaran bahawa pihaknya boleh mengambil tindak balas terhadap langkah sebegitu.

Antara negara yang mengenakan syarat berkenaan adalah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Perancis dan Jepun yang mewajibkan pelancong dari China untuk mengemukakan ujian negatif COVID-19 sebelum ketibaan, susulan negara itu mengalami lonjakan kes.

Terdahulu, didapati hampir separuh daripada penumpang dalam dua penerbangan berbeza dari China ke Milan diuji positif COVID-19 dan pegawai kesihatan Itali telah mengeluarkan arahan bahawa mereka akan menguji semua pelancong yang datang dari Asia Timur.

Sumber Gambar: China-embassy.gov.cn

“Sesetengah negara mengambil sekatan kemasukan yang menyasarkan hanya pengembara China.

“Ini tidak mempunyai asas saintifik dan beberapa amalan tidak boleh diterima,” tegasnya.

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning, berkata tindakan negara berkenaan dibuat tanpa asas saintifik selain tidak boleh diterima.

Situasi COVID-19 di China menyaksikan peningkatan mendadak kes jangkitan selepas bertahun-tahun mengenakan sekatan ketat menerusi dasar sifaf COVID-19 dan ia dilonggarkan secara tiba-tiba bulan lalu.

Pada Disember tahun lalu, Beijing mengumumkan pengembara ‘inbound‘ tidak lagi perlu dikuarantin, menyebabkan ramai warganya bergegas merancang perjalanan ke luar negara setelah sekian lama menunggu peluang itu.

Bagaimanapun, pada akhir Disember lalu hampir separuh daripada penumpang dalam dua penerbangan berbeza dari China ke Milan diuji positif COVID-19 dan pegawai kesihatan Itali telah mengeluarkan arahan bahawa mereka akan menguji semua pelancong yang datang dari Asia Timur.

Sumber