Semalam, seluruh dunia dikejutkan dengan berita mengenai nahas Ethopian Airlines yang meragut nyawa 153 penumpang. Berikutan dengan insiden tersebut, pihak berkuasa penerbangan China semalam mengeluarkan arahan kepada syarikat penerbangan negara tersebut untuk menangguhkan semua penerbangan menggunakan pesawat Boeing 737 Max.

Pengumuman ini berkuatkuasa serta merta jam 6 petang waktu tempatan selepas insiden nahas melibatkan Ethopian Airlines yang dikendalikan menggunakan pesawat Boeing 737 Max 8.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut rekod penerbangan China, setakat ini sebanyak 60 buah pesawat jenis tersebut masih digunakan. Model Boeing ini juga adalah model yang sama digunakan penerbangan Lion Air yang terhempas di Indonesia Oktober lalu, mengorbankan 189 nyawa.

Semua penerbangan yang dikendalikan dengan pesawat tersebut kini digantikan dengan pesawat model jenis 737-800. Terbaharu, dua lagi negara telah menghentikan operasi pesawat jenis tersebut iaitu Cayman Airways dan Fiji Airways. Setakat ini Malaysia Airlines mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat tersebut tidak menggunakan pesawat jenis 737 Max 8 buat masa ini.