Nampaknya, imaginasi Marvel dalam membina Captain America bakal direalisasikan oleh China.

Menurut laporan dari pegawai perisikan Amerika Syarikat baru-baru ini, dia mendakwa bahawa China sedang berusaha melahirkan tentera dengan kemampuan ‘superpower’ yang dibina secara biologi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenyataan ini disampaikan oleh pengarah perisik AS, John Ratcliffe yang ditulis di dalam ruangan pendapat di The Wall Street Journal yang diterbitkan pada hari Jumaat lalu.

Dalam ruangan terbabit, Ratcliffe yang juga seorang bekas anggota Kongres mendakwa bahawa hasil dari laporan risikan AS, China sedang berusaha melakukan ujian ke atas manusia bagi menggembangkan tentera mereka dengan kemampuan yang ditingkat secara bilogi.

Dia yang mempersoal ancaman China ke atas keamanan AS turut menyatakan bahawa tiada batasan dari China untuk mengejar kuasa.

Setakat hari ini, tiada apa-apa kenyataan balas yang dikeluarkan oleh kerajaan China mengenai dakwaan Ratcliffe, malah CIA juga turut mengambil langkah berdiam diri, lapor NBC News.

Pada tahun lalu, dua penyelidik AS turut mengeluarkan dakwaan yang sama, di mana kemungkinan China sedang dalam proses mencipta tentera dengan kemampuan mereka ditingkatkan secara biologi.

Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh China Brief, para penyelidik berpendapat bahawa China mempunyai cita-cita untuk membangunkan senjata bioteknologi ke medan perang.

Antara langkah yang mungkin diambil oleh kerajaan China adalah dengan menggunakan teknologi penyuntingan gen yang disebut Clusters of Regularly Interspaced Short Palindromic Repeats (CRISPR).

Para saintis mengatakan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini para penyelidik China telah cuba menyunting gen pada haiwan. Percubaan ini termasuk mengubah gen haiwan menjadi seperti manusia.

Penyelidik menjelaskan, penyuntingan gen sememangnya bermanfaat bagi bidang perubatan hinggalah bidang pertanian. Tetapi, tindakan penyelidik China melakukan penyuntingan gen pada manusia dianggap sebagai tidak beretika oleh para saintis Barat.

Mereka turut menambah dengan lebih lanjut, penyuntingan gen bagi tujuan ketenteraan di China mungkin masih berada pada tahap hipotesis semata-mata. Bagaimanapun, mereka mengingatkan bahawa ia tidak mustahil untuk dilakukan.

Terdahulu, saintis dari China dakwa COVID-19 sebenarnya bukan berasal dari Wuhan, tetapi dari India. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Dari China Dakwa COVID-19 Sebenarnya Bukan Berasal Dari Wuhan, Tetapi Dari India

‘Mr. Hu’ Nama Pengirim Barangan Dari China Ini Cetus Tanda Tanya Netizen

Demi Cegah Selsema Babi, China Bina ‘Apartment’ 13 Tingkat Khusus Untuk Babi