Warganegara China yang berstatus rendah dalam Sistem Kredit Sosial bakal menerima larangan untuk menaiki penerbangan dan tren bermula bulan Mei nanti.

Menurut kenyataan di laman web Pesuruhjaya Pembangunan dan Reformasi Nasional China, larangan ini turut diguna pakai kepada individu yang melakukan kekacauan dalam penerbangan, menggunakan tiket tren yang sudah tamat tempoh dan merokok di dalam tren.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

china-new-year-travel

Pemerintah negara tersebut percaya bahawa rakyat yang memiliki ‘nilai’ rendah harus dibataskan pergerakannya termasuk pemiutang seperti pengasas LeEco dan Faraday Future, Jia Yeuting yang namanya sudah disenaraihitam pada tahun lepas.

Menurut sumber Reuters, setakat awal tahun lepas sahaja sudah 6.15 juta Rakyat China yang menerima larangan untuk menaiki pesawat akibat salah laku sosial. Jumlah yang boleh dikatakan agak ramai untuk pengguna kenderaan awam.