China dilaporkan bakal menarik balik sekatan penggunaan media sosial Facebook, YouTube dan Twitter bagi menarik minat pelancong untuk melancong di China. Walaubagaimana pun setakat ini pihak China hanya merancang untuk menarik balik sekatan hanya di bandar Haikou dan Sanya di kepulauan Hainan.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan menggunakan Facebook sebagai platform untuk mempromosikan pelancongan di pulau tersebut yang terkenal dengan gelaran “Hawaii of the East”. China juga sedang merancang untuk menjadikan Hainan sebagai pulau bebas cukai menjelang 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas ini anda tidak perlu risau untuk ketinggalan isu semasa dari laman sosial berkenaan jika anda ke negara Tembok Besar itu terutamanya di dua bandar tersebut. Mungkinkah inisiatif ini akan berjaya menarik pelancong dari luar dan dalam negara itu sendiri juga selepas ini.