China dilaporkan sedang bergelut dengan wabak terbaharu iaitu selesema burung H5N1, lapor Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri pada hari 1 Februari lalu.

Wabak terbaharu ini datang ketika mana China sedang bergelut dengan coronavirus yang sedang melanda beberapa wilayah di tanah besar dengan Hubei mencatatkan angka mangsa yang tertinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

H5N1 atau lebih dikenali sebagai selsema burung adalah wabak yang mampu menyebabkan kesukaran bernafas yang teruk pada burung dan mampu menular kepada manusia. Virus ini mula-mula dikesan pada tahun 1996 di China.

Kes pertama dicatatkan dengan 4,500 ekor ayam telah dimusnahkan disebuah ladang berdekatan dengan jumlah keseluruhan telah mencecah 17,828 ekor ayam yang mati berikutan wabak itu.

“Wabak ini berlaku di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Setakat ini, tiada laporan yang menunjukkan wabak ini sudah mula menular kepada manusia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), H5N1 mampu menular kepada manusia melalui hubungan dekat dengan burung yang terkena dengan wabak tersebut.

“Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah,” kata WHO. “Tidak ada bukti bahawa penyakit ini dapat disebarkan kepada orang melalui makanan yang disiapkan dengan baik dan teliti.” Lapor WHO.

China bukanlah satu-satunya negara yang sedang dilanda wabak ini, terdahulu pihak berkuasa India telah memusnahkan ayam dan telur yang dijangkiti wabak tersebut.

Manakala wabak H5N8 dilaporkan telah mula tersebar di sekitar Eropah dalam beberapa minggu ini.

Untuk rekod, wabak selsema burung telah menekan China dengan kos sebanyak RM26 bilion pada 2013, lapor PBB.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan peringkat antarabangsa setelah coronavirus bertindak membunuh 300 orang di China dan 14,000 orang telah disahkan mengidap wabak tersebut.

China sebelum ini telah mengecam media Denmark yang mengeluarkan lukisan satira ‘Bendera Coronavirus’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lukisan Kartun ‘Bendera Coronavirus’ Cetuskan Kemarahan China

Kerajaan China Perintah 6,000 Pegawai Perubatan Ke Wuhan Selepas Coronavirus Merebak Lebih ‘Hardcore’ Daripada SARS

2 Hari Ubah Suai Bangunan Lama, Hospital Coronavirus Di China Siap Sedia Beroperasi