China yang merupakan negara terkenal dengan pengeluaran produk ciplak dan mampu milik telah berjaya menghasilkan sebuah yang melangkaui jangkaan manusia iaitu penghasilan sumber tenaga matahari untuk generasi akan datang.

Produk yang berjaya dihasilkan oleh negara China ini dikenali sebagai Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) iaitu matahari buatan manusia yang mempunyai suhu hampir mencecah 100 Juta Celsius dan merupakan enam kali ganda suhu di permukaan matahari sebenar.

matahari-buatan-china

Matahari buatan manusia yang dihasilkan oleh China ini terletak di Hefei Institutes of Physical Sciene of the Chinese Academy of Science (CASHIPS).

Suhu yang hampir mencecah 100 Juta Celsius ini mampu menghasilkan sumber tenaga bersih menerusi proses pelakuran nuklear. Sumber tenaga dari proses pelakuran nuklear ini dipercayai dapat menyelesaikan masalah kuasa dunia yang kini 80% dijana menggunakan bahan api fosil yang semakin lama semakin berkurangan.

Sumber