China mendakwa bahawa kebanyakkan kes baru yang dijangkiti dengan wabak COVID-19 di sana adalah berasal dari negara luar dan salah satunya adalah Indonesia. Dakwaan ini telah dibuat oleh pemerintah wilayah Shaanxi.

Beliau berkata kepada SINDOnews.com pada Khamis (19 Mac 2020) bahawa dari 8 Mac sehingga ke 16 Mac, terdapat satu kes coronavirus yang dicatat. Dilaporkan bahawa kes tersebut dibawa dari Indonesia ke Shaanxi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pesakit, lelaki berumur 35 tahun, warganegara China telah mengalami gejala batuk dan demam pada 10 Mac.

Lelaki tersebut telah mengambil penerbangan pulang dari Indonesia melalui Hong Kong ke lapangan terbang Pudong Shanghai pada 13 Mac. Beliau seterusnya tinggal di Vienna Hotel pada hari yang sama, lapor pemerintah wilayah Shaanxi dalam kenyataannya kepada media.

Keesokkan harinya, pada 14 Mac, lelaki tersebut menaiki kenderaan untuk ke lapangan terbang Pudong Shanghai untuk ke Xi’an Xianyang. Dia tiba di lapangan terbang antarabangsa Xi’an Xianyang pada jam 7.45 malam dan telah memberitahu kepada staf lapangan terbang bahawa dia sihat dan tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan.

Namun lelaki tersebut ‘kantoi’ apabila hasil pemeriksaan suhu badannya, dia didapati mencurigakan. Lelaki tersebut dipindahkan ke Hospital Xi’an di daerah Tangfang untuk proses kuarantin dan rawatan pada jam 11.50 malam.

Keesokkan harinya, pada tanggal 15 Mac. Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah melakukan ujian terhadap lelaki tersebut. Namun hasil yang dikeluarkan adalah negatif.

Namun pada 16 Mac. Melalui ujian yang dibuat oleh CDC, keputusan akhir yang dikeluarkan adalah positif COVID-19. Lelaki tersebut terus dipindahkan ke Hospital Xian untuk tujuan kuarantin dan juga rawatan lanjut.

Manakala di Wuhan pula, China telah melaporkan bahawa tiada kes baharu dicatatkan di bandar yang menjadi pusat kepada terlahirnya wabak ini. Berita baik ini diterima dengan penuh harapan oleh masyarakat antarabangsa yang berjuang untuk menentang COVID-19 yang melanda negara mereka.

Pejabat Kesihatan Nasional China pada Khamis (19 Mac 2020) menyatakan ada 34 kes baru yang dilaporkan pada hari Rabu. Namun, itu bukan berasal dari Wuhan. Puluhan kes baru ini berasal dari Beijing serta kota lain dan semuanya merupakan ‘kes yang dibawa dari negara luar’.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Adakah Ini ‘Wajah’ Sebenar Wabak COVID-19 Yang Dibesarkan Sebanyak 2,600 Kali?

Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin

Sumber