Wabak norovirus menjangkiti lebih daripada 50 kanak-kanak di sebuah tadika di Kota Zigong, Provinsi Sichuan. Ini menambah bilangan kes wabak norovirus di China dalam beberapa bulan terakhir.

Sebelum ini, Pejabat Kesihatan Daerah Zigong City Yantan menerima laporan mengenai seorang pelajar tadika yang muntah pada hari Rabu (25/11) dan disahkan bahawa ia dijangkiti dengan norovirus pada keesokan harinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Setelah penyelidikan epidemiologi dan ujian asid nukleik, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) mengesahkan bahawa muntah itu disebabkan oleh jangkitan norovirus,” kata Perkhidmatan Kesihatan Yantan seperti dikutip oleh Global Times.

“Semua kanak-kanak berada dalam keadaan stabil dan menjalani rawatan di hospital dengan gejala ringan,” kata Pejabat Kesihatan Yantan.

Norovirus di tengah pandemik

Kes muntah paling awal dilaporkan adalah pada pagi Rabu, diikuti oleh pelajar lain pada sebelah petang. Selepas waktu persekolahan, para guru terus menerus menerima laporan daripada ibu bapa yang menyatakan bahawa anak mereka cirit birit dan muntah.

Pada keesokkan harinya, Khamis, kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti norovirus dihantar terus ke hospital. “Siasatan mengenai punca kejadian akan dikeluarkan setelah penyelidikan anggota perubatan,” kata jurucakap CDC, Zigong kepada Global Times.

Kes muntah dan cirit birit atau lebih dikenali sebagai norovirus telah menjangkiti lebih 685 juta orang di seluruh dunia setiap tahun. Namun sejak akhir-akhir ini, ia terus muncul di China dan menjadi antara masalah kesihatan awam di tengah-tengah wabak COVID-19.

Pada 13 November lalu, sebuah sekolah menengah di Provinsi Fujian, China Timur juga turut dilanda wabak norovirus. Ia menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dihentikan buat sementara waktu setelah 30 pelajar dilaporkan dijangkiti dengan wabak norovirus.

Kemudian, pada 29 Oktober, sebilangan pelajar tadika di Provinsi Liaoning, Timur Laut China, dijangkiti norovirus sehingga tadika itu diarah tutup untuk beberapa hari. Manakala pada awal Oktober pula, wabak serupa turut melanda pelajar universiti di Provinsi Shanxi China Utara.

Terdahulu, demi cegah selsema babi, China bina apartment 13 tingkat khusus untuk babi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Demi Cegah Selsema Babi, China Bina ‘Apartment’ 13 Tingkat Khusus Untuk Babi