Semalam adalah hari restock kasut adidas YEEZY Boost 350 V2 ‘Zebra’. Menerusi aplikasi ‘Confirmed’ yang boleh dimuat turun di Android dan iPhone, anda boleh membuat tempahan awal untuk kasut ini dan confirm akan dapat. Tetapi terjadi satu kes di China apabila dua hackers berjaya tapau terus 80 pasang kasut Zebra ini melalui kelemahan aplikasi ini.

Para sneakerheads bengang dengan kejadian itu dan apabila mereka berdua mahu berlalu pergi bersama stok yang mereka beli, mereka dipukul dan menyebabkan kesemua stok itu dikembalikan ke butik Adidas oleh security mall berkenaan untuk dijual semula. Jangan main-main pasal kasut YEEZY ni. Memang boleh buat gaduh.

https://www.instagram.com/p/BVuva8PhB0L/?taken-by=pinoe77

Kasut ini menjadi kegilaan ramai kerana reselling price nya yang tinggi. Kasut ini dijual pada harga RM990 tetapi boleh dijual semula 3 atau 4 kali ganda bergantung kepada saiz. Hackers China ini tak bijak sebenarnya. Kalau mereka cuma beli dalam 10 pasang sahaja, mereka mungkin selamat. Tapi kalau dah tapau semua, memang mendapatlah.

Itulah yang terjadi jika tamak menguasai diri. Bagi anda yang berjaya beli kasut YEEZY Zebra ini semalam, tahniah dan selamat memakainya di hari raya.