Di sebalik kemegahan tembok besar ‘The Great Wall Of China’, banyak lagi perkara yang anda perlu tahu tentang negara yang penuh dengan pantang larang ini.

Selepas menyekat beberapa akses media sosial popular seperti Facebook, Twitter, Google, Snapchat atau Instagram, terkini kerajaan China mengharamkan pula sebarang bentuk iklan atau rancangan yang mempromosikan budaya barat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
drw
Rancangan Pengembaraan Masa (Time Travel) Dr.Who

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita Xinhua, kerajaan China telah mewujudkan satu garis panduan baharu dengan mengharamkan rancangan dan iklan yang mempromosikan budaya barat. Pengharaman ini juga termasuk sebarang unsur jenaka yang melibatkan tradisi China.

Setiap iklan yang disiarkan sekiranya didapati mengandungi unsur mempromosikan rokok, meminum arak, pergaduhan dan aktiviti-aktiviti tidak sihat juga tidak dibenarkan.

Selain itu, China turut melarang keras tayangan yang mengandungi unsur homoseksual, sumbang mahram dan penderaan seksual.

Penayangan belahan buah dada (cleavage) juga diharamkan selepas drama berkaitan maharaja wanita China ‘The Saga of Wu Zetian’ menayangkan unsur berkenaan.

Dalam masa yang sama, drama sains fiksyen yang berkaitan dengan pengembaraan masa (time travel) juga tidak dibenarkan kerana didakwa mencipta kontroversi, mitos dan plot cerita yang pelik.

Mungkin inilah cara terbaik bagi China dalam usaha mereka mengekang asakan budaya barat dari terus menular dan mempengarahui pemikiran rakyat negara tersebut.

Sumber