Kerajaan China mengharamkan penjualan daging haiwan liar di pasar basah, restoran dan platform atas talian dalam usaha mahu menyekat penularan coronavirus.

Menurut penjelasan yang dikeluarkan pihak Kementerian Pertanian China, segala jualan haiwan liar adalah diharamkan ‘bermula dari tarikh pengumuman dibuat hingga situasi ini berakhir’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Virus yang sudah tular ke seluruh dunia dan mengorbankan lebih 56 pesakit di China dikatakan berpunca dari sebuah pasar basah di Wuhan yang menjual binatang liar secara haram.

Virus ini sudah pun dikesan di bandar besar di China termasuk Singapura, Korea Selatan, Jepun, Australia, Perancis dan Kanada.

Berikut merupakan berita lain berkaitan Coronavirus yang melanda China ketika ini.

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

Saintis Pernah Beri Amaran Pada China Sejak 2017 Lagi Bahawa Sesuatu Yang Buruk Akan Berlaku