Mungkin keinginan peminat yang memohon pihak NASA untuk menyelamatkan Tony Stark tempoh hari telah terjawab. Cuma bezanya watak tersebut kini berubah rupa dan mungkin menjadi watak lagenda China.

Menerusi karakter filem lagenda Armored Warfare God: Sun Wukong di negara tersebut terlihat seperti memakai kostum milik Iron Man. Filem ini mengisahkan mengenai kisah watak lagenda Sun Wukong dan pengembaraannya melintasi syurga dan neraka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi trailer filem itu, bukan sahaja kostum malahan juga terdapat sedikit babak yang menunjukkan aksi yang hampir sama seperti yang dipaparkan dalam Iron Man. Trailer filem ini telah trending #1 di YouTube dan menjadi perbualan ramai semenjak 3 hari yang lalu.

Menurut kenyataan pihak produksi, mereka memang mendapatkan inspirasi untuk menghasilkan filem ini daripada filem-filem antarabangsa. Inspirasi ini terhasil bukan sahaja daripada Iron Man tetapi juga watak adiwira lain seperti Transformers dan GUNDAM. Walau bagaimanapun setakat ini filem Sun Wukong ini telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuklah penonton tempatan di negara tersebut.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber