Lebih daripada 30 pegawai kerajaan China dipecat atau menerima hukuman atas tuduhan gagal melakukan tugas yang baik setelah lonjakan terbaru COVID-19 di negara terbabit, lapor The Washington Post.

Di antara mereka yang dipecat adalah ketua bandar, ketua daerah, pegawai kesihatan, kakitangan pengurusan hospital, serta pegawai jabatan lapangan terbang dan pelancongan. Mereka dipecat selepas dianggap abai dengan tanggungjawab mereka untuk memastikan tiada lagi penularan wabak COVID-19 di sana.

Global Times pula melaporkan enam pegawai awam di Daerah Yongding, Kota Zhangjiajie, termasuk Ketua Pegawai Kesihatan Xu Xionghui turut dipecat dari jawatan mereka. Xu dianggap tidak cekap dalam melaksanakan protokol kesihatan dan lemah dalam mengendalikan pesakit yang dijangkiti, kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.

Pengarah Jabatan Kecemasan Hospital Zhangjiajie County Deng Huabin, yang bertugas dalam ujian PCR, juga dipecat kerana pengurusan yang buruk menyebabkan keadaan tidak terkawal di hospital semasa ujian dijalankan.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China pada hari Isnin mengumumkan terdapat 94 kes penularan tempatan yang telah direkodkan selama 24 jam.

Wabak terbaru berkaitan dengan lapangan terbang di bandar timur Nanjing. Varian delta yang menular di kalangan pekerja lapangan terbang dan sejak itu merebak dari wilayah Hainan tropika di selatan hingga Mongolia di utara.

Wabak tersebut telah menyebabkan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan dengan penutupuan seluruh bandar Zhangjiajie, dengan jumlah penduduk 1.5 juta.

Doktor di China mati setelah dijangkiti wabak monyet, gejalanya hampir sama dengan COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Doktor Di China Mati Setelah Dijangkiti Wabak Monyet, Gejalanya Hampir Sama Dengan COVID-19

Jackie Chan Makin Dibenci Orang Setelah Nyatakan Niat Mahu Jadi Anggota Parti Komunis China

China Mahu Elak Kiamat, Hantar 23 Roket Ke Angkasa Lepas Dalam Misi Selamatkan Bumi

Anda Mungkin Suka