Sejak kes pertama mula berbunyi pada 31 Disember 2019, wabak yang dikenali sebagai Coronavirus, berasal daripada Wuhan, China telah membunuh 17 orang, manakala 450 lagi dijangkiti.

Wabak yang turut dikenali sebagai 2019-nCoV ini telah mula masuk ke negara-negara luar seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan. Namun Selasa lalu, Amerika Syarikat mencatatkan kes pertama wabak ini.

Melalui satu kertas kajian yang diterbitkan oleh Journal Of Medical Virology, wabak yang sedang melanda Tanah Besar China ini adalah berpunca daripada daging binatang di pasar eksotik di Wuhan.

Ia menambah bahawa kes penyebaran wabak ini berlaku di antara binatang ke manusia dan mula berjangkit dari orang ke orang – kertas kajian menyebut penyebaran wabak ini mungkin bermula dari ular kepada manusia.

Rabu lalu pegawai kesihatan China telah mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana di sana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik.

Antara haiwan-haiwan yang terdapat di pasar basah tengah bandar Wuhan ini adalah musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak, unta dan banyak lagi.

China sebelum ini telah mengharamkan penyeludupan beberapa spesies liar, manakala ada beberapa kes khas, ia memerlukan lesen. Tetapi peraturan ini longgar apabila membabitkan spesies yang digunakan sebagai tujuan komersial.

Baru-baru ini, kerajaan China telah mengenakan perintah larangan masuk dan keluar dari bandar Wuhan, rumah kepada 11 juta pendudukan bagi mengawal wabak ini daripada merebak.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus ‘memuji’ langkah yang diambil oleh kerajaan China dalam memastikan pengawalan wabak tersebut.

Sebuah jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia bertemu Rabu lalu bagi mengusulkan cadangan bagi mengisytiharkan darurat bagi peringkat antarabangsa – sekatan perjalanan akan dikuatkuasakan.

Wabak ini telah mula masuk ke Jepun pada 16 Januari lalu. Kesan penularan ini telah menimbulkan keraguan kepada orang ramai. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Virus Misteri Dari China Sudah Merebak Hingga Ke Jepun

Ini Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Mencegahnya

Rakyat Australia Terkejut Daging Koala Antara Yang Dijual Di Pasar Basah China