Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

China merancang untuk menghantar lebih dari 23 roket ke angkasa lepas bagi misi menghalang pelbagai jenis asteroid yang bakal menghentam Bumi. Puluhan roket ditugaskan untuk memintas asteroid yang boleh menyebabkan kehancuran atau ‘kiamat’ di Bumi. Live Science menyebut, asteroid yang bakal melanda Bumi mempunyai kemampuan untuk menghapuskan populasi dunia.

Salah satu asteroid sasaran China adalah Bennu. Menurut Ordo News, Bennu adalah salah satu asteroid yang mampu mengancam Bumi. Ini disebabkan Bennu mempunyai ukuran yang sangat besar. Beratnya sahaja mampu mencecah sehingga 85.5 juta tan. Manakala ukurannya pula melebihi Empire State Building. Difahamkan jika Bennu melanggar Bumi, kesannya sahaja dianggarkan bersamaan dengan 80,000 kali ganda lebih besar daripada letupan nuklear yang berlaku di Hiroshima pada tahun 1945.

Saintis di Pusat Sains Angkasa Negara China meramalkan bahawa roket Long March 5 buatan China mempunyai kemampuan untuk menghalang daripada berlakunya pelanggaran di antara asteroid dan Bumi. Manakala 23 buah roket yang lain menurutnya akan dapat mendorong dan mengalihkan laluan perjalanan Bennu jauh dari Bumi.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh World Today News, Mingtao Li, seorang penganalisis sains angkasa dengan Pusat Sains Angkasa Nasional di Beijing dan penulis utama kajian menulis dalam makalah tersebut bahawa impak asteroid tersebut mampu menimbulkan ancaman besar kepada semua kehidupan di Bumi. Dengan cara mengubah laluan dan memintas asteroid tersebut sahaja mampu untuk mengurangkan ancaman terbabit.

Tambah beliau lagi, rancangan ini lebih realistik berbanding kaedah lain yang telah diutarakan oleh beberapa penyelidikan – antaranya ialah meletupkan asteroid dengan nuklear. Walaupun filem Armageddon memaparkan bahawa ia mampu dilakukan, tetapi bagi para pakar kaedah ini tidak akan menyelesaikan masalah kerana serpihan letupan itu akan menjadi banyak dan bakal menghentam bumi dengan kesan yang lebih besar.

Untuk pengetahuan anda, rancangan China ini sebenarnya telah dilaksanakan oleh NASA melalui sebuah program bernama Hypervelocity Asteroid Mitigation Mission for Emergency Response (HAMMER). Tidak seperti China, NASA berusaha mencegah perlanggaran dengan mengirimkan kapal angkasa setinggi 9 meter yang disebut sebagai Ujian Pengalihan Asteroid Ganda (DART). Kapal angkasa tersebut akan menghentam asteroid terbabit sehingga ia keluar daripada laluannya menuju ke Bumi. Simulasi NASA menunjukkan bahawa 34-53 hentaman dari kapal angkasa DART diperlukan untuk mengalihkan asteroid.

Untuk membuktikan keberkesanan teori, NASA akan bekerjasama dengan ESA bagi melakukan eksperimen. Dalam eksperimen tersebut, kapal angkasa akan dihantar untuk menghancurkan asteroid Didymos, yang dilaporkan akan menghentam Bumi.

Misi ke Marikh tahun 2024, NASA ‘benarkan’ angkasawan jadi kanibalisme. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Misi Ke Marikh Tahun 2024, NASA ‘Benarkan’ Angkasawan Jadi Kanibalisme

F9: The Fast Saga Sah Akan Ada Aksi Di Angkasa Lepas Pula

Jutawan Sekelip Mata Rugi RM7.6 Juta, Rasa Ditipu Selepas Jual Batu Meteorit Pada Harga Murah

Anda Mungkin Suka