Mulai menyerang dunia pada awal tahun ini bermula dari China, wabak COVID-19 yang disangka hanya sekadar demam biasa pada mulanya nampaknya telah meragut lebih satu juta nyawa seluruh dunia sehingga kini.

Penyebaran wabak yang didakwa bermula dari Wuhan, China ini nampaknya bukan sahaja memberi kesan buat warga China malah telah melumpuhkan sebahagian besar ekonomi dunia.

e91fa3a4-07b5-11eb-afc8-92e0da0ef1c3_image_hires_220240
Sumber: SCMP

Di sebalik isu pandemik yang melanda, China selaku negara terawal yang menerima wabak ini dilaporkan sedang bersedia untuk memperkenalkan vaksin COVID-19. Pihak mereka juga turut memaklumkan pihak World Health Organization (WHO) untuk mempertimbangkan penggunaan vaksin keluaran mereka di seluruh dunia.

Dilaporkan China setakat ini mempunyai sekurang-kurangnya empat jenis vaksin COVID-19 yang disedang diuji pada peringkat akhir. Vaksin ini dikeluarkan oleh  National Biotec Group (CNBG), Sinovac Biotech serta CanSino Biologics dan sudah diuji di beberapa negara seperti Pakistan, Indonesia, Brazil, Russia dan Emiriah Arab Bersatu.

PHILIPPINES-VOTE
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte. Sumber: Fortune

Di Filipina pula, presiden Rodrigo Duterte memaklumkan beliau lebih cenderung untuk menggunakan vaksin keluaran China berbanding Rusia sekaligus menimbulkan persepsi penggunaan vaksin ini turut berkait dengan politik dunia.

Setakat ini, pihak WHO masih belum memberi kata putus mengenai penggunaan vaksin COVID-19 ‘made in China’ ini.

Tular pada bulan lalu apabila pakar virologi dari China mendedahkan wabak COVID-19 berasal dari makmal di Wuhan.

Pakar Virologi Dari China Dedahkan COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan

Untung Besar Di Tengah Pandemik COVID-19, Pemegang Saham Top Glove Terima Dividen Hampir RM1 Bilion