Terlalu banyak video dan gambar iPhone terbaru yang tertiris akhir-akhir ini. Bermula dengan ura-ura iPhone bakal menampilkan dual camera seterusnya kepada saiz lens yang lebih besar.

Rumour iPhone terbaru atau mungkin bakal dinamakan iPhone 7 mengikut kepada urutan mengigatkan saya kepada iPhone 4 yang hadir dengan ura-ura yang begitu banyak berbanding model iPhone yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain mengeluarkan telefon pintar yang mirip dengan iPhone, China juga antara negara yang kerap hadir dengan ura-ura terbaru mengenai iPhone. Sebuah lagi video daripada China menunjukkan perbandingan diantara iPhone 7 dan iPhone 6s. Berdasarkan apa yang dapat kita lihat, perbezaan besar pada kedua-dua iPhone ini adalah dibahagian kamera. iPhone 7 masih mengekalkan rekabentuk yang sama seperti iPhone 6S.

iphone-7-iphone-6s-comparison-video-0003

iphone-7-iphone-6s-comparison-video-0004

iphone-7-iphone-6s-comparison-video-0001

iphone-7-iphone-6s-comparison-video-0002

Mungkin tidak mengejutkan video seperti ini hadir apabila tarikh pengumuman iPhone terbaru semakin dekat. Persoalannya, mengapa video ini dirakam dengan kualiti yang begitu rendah. Lebih ironi apabila merakamkan perbandingan dua telefon yang premium.