Nampaknya masa depan pertembungan robot gergasi semakin menarik! Walaupun perlawanan antara Megabots Inc dan Suidobashi Heavy Industries (SHI) masih belum disahkan, mereka sudah menerima cabaran wakil dari China, The Monkey King.

Baca: Perlawanan Robot Gergasi Antara Amerika Dan Jepun Akan Berlangsung Ogos Ini

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Monkey King dibina dengan dana USD14 juta dan dikatakan boleh memberi cabaran kepada dua Kuratas dan MK-II. Menariknya, The Monkey King cuma mengambil masa dua bulan untuk dihasilkan. Tetapi dari segi ketangkasan, perlu lebih banyak R&D kerana nampak The Monkey King masih belum ready for battle.

Sehingga kini, pasukan SHI masih belum menyahut cabaran dari Megabots. Andai perlawanan ini menjadi realiti, ianya pasti memberi dimensi baru terhadap cara orang ramai melihat perlawanan battle.

Kemungkinan besar di masa akan datang, tiada lagi perlawanan tinju antara manusia dan semuanya bertukar kepada robot? Hanya masa akan menentukan. Harap-harap lebih banyak negara yang berminat untuk hasilkan robot gergasi untuk perlawanan real steel seperti ini di masa akan datang!