Lebih 20 jet pejuang China dilaporkan terbang ke zon pertahanan udara Taiwan sejak semalam. Situasi ini terjadi apabila speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat Nancy Pelosi tiba ke Taiwan ditengah-tengah ancaman daripada China.

“21 pesawat PLA (People’s Liberation Army) memasuki ADIZ barat daya Taiwan pada 2 Ogos 2022,” kata Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan di Twitter, merujuk kepada zon pengenalan pertahanan udara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik laporan AFP, ADIZ tidak sama dengan ruang udara wilayah Taiwan, tetapi meliputi kawasan yang lebih besar yang bertindih dengan zon pertahanan udara China dan juga termasuk beberapa tanah besar.

Sementara itu, beberapa kapal perang AS dilaporkan telah belayar di perairan berhampiran Taiwan ketika Pelosi dijadualkan menuju ke Taipei dari Malaysia semalam.

Tentera Laut AS didapati telah mengerahkan empat kapal perang di perairan timur Taiwan.

Seperti yang dilaporkan Reuters, empat kapal perang AS, termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat, ditempatkan di perairan timur Taiwan. Ini disifatkan oleh Tentera Laut AS sebagai penempatan rutin.

“Kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan telah bergerak di Laut China Selatan dan kini berada di Laut Filipina, timur Taiwan-Filipina, dan selatan Jepun,” kata seorang pegawai Tentera Laut AS.

Reagan yang berpangkalan di Jepun beroperasi dengan kapal penjelajah peluru berpandu berpandu, USS Antietam, dan kapal pemusnah, USS Higgins.

“Walaupun mereka mampu bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan, ini adalah penempatan biasa dan rutin,” kata pegawai itu, yang tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, pegawai AS cuba meyakinkan China bahawa kedudukan kapal perang mereka di rantau itu tidak ada kaitan dengan lawatan Pelosi.

Sementara itu, sebelum ini, jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby memberitahu CNN bahawa Washington akan memastikan Pelosi mempunyai “lawatan yang selamat”.

Ancaman perang dunia ke-3, lawatan AS ke taiwan buat China tak senang duduk. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ancaman Perang Dunia Ke-3, Lawatan AS Ke Taiwan Buat China Tak Senang Duduk