Nampaknya peperangan barangan dagangan diantara Amerika Syarikat dan China semakin panas. Jika pada pagi ini, kita dikejutkan dengan berita syarikat teknologi China yang mendenda para pekerja yang mendapatkan iPhone, nampaknya tindakan tegas turut diambil negara itu dalam menyekat penjualan Apple iPhone.

Difahamkan halangan penjualan Apple iPhone ini dibuat berikutan Apple telah melanggar paten milik pencabar mereka iaitu pengeluar cip Qualcomm. Berdasarkan sekatan yang dikenakan, iPhone 6S, 6S Plus, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus dan X telah dihalang untuk dijual di China. Tiga model terbaru iaitu iPhone XS, XS Max dan XR dibenarkan untuk dijual seperti biasa.

Sumber: MobilySyrup

Berdasarkan halangan yang dikenakan ini, pastinya penjualan Apple bakal menurun melihatkan kepada jumlah pengguna Negara China yang tinggi. Berdasarkan sekatan yang dikenakan, Apple telah mengeluarkan jawapan maklum balas yang mengatakan tindakan Qualcomm adalah tidak profesional.

Dalam pada itu, pencabar Apple iaitu Samsung telah memilih untuk bekerjasama bersama syarikat Supreme palsu dalam usaha untuk meningkatkan penjualan mereka di China.

Sumber