Beberapa hari lepas, Jabatan Kebudayaan Great Wall of China mengeluarkan kenyataan yang menolak rancangan Airbnb untuk menawarkan penginapan di tapak bersejarah itu kepada pengunjung bertuah. Pihak berkenaan mendakwa mereka tidak tahu sama sekali mengenai promosi tersebut.

Jabatan Kebudayaan Great Wall of China dalam kenyataan tersebut mengatakan mereka tidak menerima apa-apa kertas kerja atau dokumen bertulis mengenai projek berkenaan. Tambahnya lagi, pihak berkuasa Great Wall of China tidak akan meluluskan apa-apa permohonan yang berkaitan dengan rancangan seumpamanya untuk menjaga tapak bersejarah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan kenyataan tersebut, pihak Airbnb memohon maaf secara terbuka menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman web kepada individu yang telah mengikuti penyertaan untuk bermalam di Great Wall of China tempoh hari dan menjanjikan peluang untuk merasai pengalaman yang lebih menakjubkan di China.

Sumber