Berikutan lambakan sampah yang ditinggalkan oleh pendaki Gunung Everest, kerajaan Negara China mengambil langkah untuk menutup Everest Base Camp di bahagian sempadan negaranya kepada pelancong yang ingin mendaki.

Walau bagaimanapun, anda boleh mendaki ke puncak jika memiliki permit dimana permit tersebut adalah terhad. Besar kemungkinan permit tersebut hanya akan dikeluarkan sebanyak 300 permit setiap tahun. Akan tetapi, pelancong biasa hanya dibenarkan mendaki sehingga ke Rongbuk Monastery.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebanyakkan pendaki memilih untuk mendaki dari arah sempadan Nepal tetapi kini lebih ramai yang mula memilih untuk mendaki dari sempadan China. Sempadan di China menjadi popular kerana tapak kem boleh diakses dengan kereta manakala tapak kem di sempadan Nepal pula cuma boleh diakses dengan dakian gunung selama dua minggu.

Screen Shot 2019-02-17 at 2.54.26 PM

Untuk pengetahun anda, ini bukanlah pertama kali tempat perlancongan ditutup buat orang ramai. Sebelum ini Taman Nasional Komodo turut ditutup selama setahun bagi meningkatkan populasi komodo di kawasan tersebut sebelum dibuka semula buat para pelancong.

Sumber