China sedang menjalankan satu program Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) atau ‘matahari buatan China’. Matahari buatan  ini dinyalakan selama 20 minit pada suhu mencecah 70 juta darjah Celsius, dalam satu eksperimen baru-baru ini. Menurut New York Post, suhunya lima kali lebih panas daripada matahari biasa, yang mencatatkan kira-kira 15 juta darjah Celsius pada terasnya.

Seorang penyelidik dari Institut Fizik Plasma Akademi Sains China, Gong Xianzu berkata, ‘matahari buatan China’ beroperasi pada suhu 70 juta darjah celsius selama 17 minit dan 36 saat. “Operasi terbaharu itu menyediakan asas saintifik dan eksperimen yang kukuh untuk memulakan reaktor pelakuran, dan berazam untuk mendekati yang asal,” katanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Xianzu bertanggungjawab dengan penyelidikan yang dilakukan oleh EAST, yang terletak di Institut Sains Fizikal Hefei di wilayah Anhui. Eksperimen terbaharu yang bermula Disember lalu dijangka berakhir pada Jun depan. Matahari yang direka dan dibangunkan oleh China sejak 2006 ini telah digunakan oleh saintis dari seluruh dunia untuk menjalankan pelbagai eksperimen.

Sejak itu, lebih 10,000 penyelidik saintifik China dan antarabangsa telah bekerjasama untuk merealisasikan projek ‘matahari buatan’. Para saintis berharap mesin itu akan dapat memanfaatkan kuasa pelakuran nuklear, yang akan menghasilkan tenaga bersih tanpa had dengan meniru tindak balas yang biasanya berlaku di matahari.

Pertikaian antara Malaysia dan China, AS kerah dua kapal perang ke Laut China Selatan. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pertikaian Antara Malaysia Dan China, AS Kerah Dua Kapal Perang Ke Laut China Selatan

Jackie Chan Makin Dibenci Orang Setelah Nyatakan Niat Mahu Jadi Anggota Parti Komunis China

Tolak Penggunaan Kapas Hasil ‘Buruh Paksa’ Muslim Uighur, China Pilih Untuk Boikot Nike Dan H&M