Setiap kali Starbucks perkenalkan menu baharu, pastinya ramai orang akan berasa teruja. Siapa di sini peminat coklat jenama Ferrero Rocher? Bagaimana jika anda dapat nikmati minuman yang memiliki rasa sedap seperti coklat tersebut?
Kali ini, Starbucks perkenalkan minuman terbaharu iaitu Choco-choco Nutty Frappucino bermula hari ini. Peminat siri minuman Frappucino semestinya akan teruja untuk mencuba ia.
The perfect duo in a cup is arriving in stores tomorrow. 😎#GoNutsForCoco #InStoresTomorrow pic.twitter.com/lB9emZHSYs
— Starbucks Malaysia (@StarbucksMY) July 12, 2020
Oleh itu, kami telah mencuba minuman ini sebentar tadi dan kami membuat tempahan menerusi aplikasi FoodPanda. Apa yang boleh kami katakan, gabungan rasa coklat dan kacang membuatkan minuman ini ‘kick’ deria rasa kami pada sedutan pertama. Tidak terlalu manis menjadikan ia pilihan terbaik untuk mereka yang kurang gemar minuman manis.
Jujur kami katakan bahawa rasa minuman Choco-choco Nutty Frappucino ini persis seperti rasa coklat Ferrero Rocher. Buat anda yang ingin mencuba sendiri minuman ‘awesome’ ini, anda boleh dapatkan di cawangan Starbucks Malaysia terdekat anda atau beli sahaja menerusi aplikasi FoodPanda, GrabFood dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, minuman Choco-choco Nutty Frappucino ini bermula daripada RM19.60 sahaja. Untuk penjimatan, anda boleh dapatkan diskaun jika membeli menerusi FoodPanda dengan masukkan promo code: pandaperfect.
Difahamkan juga, Starbucks Malaysia perkenalkan 2 lagi minuman istimewa iaitu Berry Hibiscus Cold Brew dan Mango Matcha Freeze. Jom serbu cawangan Starbucks terdekat untuk mencubanya.
The new #ChocoChocoNuttyFrappuccino is about to deliver you to a Choco-Nut Paradise. Not to forget, joining in the #Teaology party, the #BerryHibiscusColdBrew and #MangoMatchaFreeze. Be the first to get them at your nearest Starbucks store, let the Summer Fun begin! 🥳 pic.twitter.com/oIFoBEWSNc
— Starbucks Malaysia (@StarbucksMY) July 13, 2020
Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan Starbucks Malaysia pada pautan di bawah ini. Klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.
Koleksi Edisi Terhad Starbucks x Herschel Supply Kini Boleh Didapati Di Malaysia
‘Fantasy Tail Frappucino’ Antara Menu Baharu Starbucks Yang Unik Dan Comel Anda Boleh Cuba Esok