Akhbar terkemuka dunia dari Amerika Syarikat, New York Times baru-baru ini mengeluarkan senarai 52 tempat yang perlu dilawati pembaca mereka untuk sepanjang tahun ini.

Paling membanggakan, dua tempat dari Malaysia, Chow Kit dan Sabah juga turut tersenarai bersama-sama dengan destinasi pelancongan ternama seluruh dunia di kedudukan ke 20 dan 28.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara destinasi lain yang turut tersenarai ialah Paris, Tokyo, Mesir dan Glacier National Park di AS.

Umum mengetahui Sabah memang menjadi destinasi pelancongan pilihan pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara kerana kepelbagaian tarikan semulajadi yang terdapat di negeri di bawah bayu itu.

says
Foto: Says

Namun, kejayaan Chow Kit berada di kedudukan ke 20 sebagai tempat yang mesti dilawati mesti membuatkan kita tertanya adakah kita terlepas sesuatu yang menarik di sana sehinggakan ia disenaraikan bersama-sama destinasi pelancongan utama dunia yang lain.

pinterest
Foto: Pinterest

Mungkin bagi rakyat Malaysia, Chow Kit terkenal sebagai kawasan pasar yang penuh warna warni kehidupan dan menjadi tumpuan warga kota jika mahu membeli belah kerana lokasinya yang berdekatan dengan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Petaling Street.

Tetapi anda yang masih tertanya-tanya kenapa Chow Kit menjadi salah satu destinasi pilihan New York Times, penulis Sanjay Surana memberikan kenapa kawasan kejiranan yang berada di tengah-tengah kota Kuala Lumpur itu perlu dilawati.

Antaranya adalah pasar basah terbesar di Chow Kit yang disifatkan sebagai salah satu yang terbesar di negara ini di samping gurdwara Sikh terbesar di Asia Tenggara juga berada di sana.

ck1
Foto: MenuInProgress.com
Foto: Backpacking Malaysia

Selain itu, kepelbagaian yang ditawarkan Chow Kit seperti hotel mewah The Chow Kit yang direka oleh Studio Tack daripada Brooklyn dan hotel bertemakan sosial, MoMo juga menjadi sebab utama ia dipilih.

thechowkit
Foto: The Chow Kit Ormond Hotel Facebook

Dalam satu temu bual bersama The Rakyat Post, Sanjay menyifatkan MoMo sebagai tempat penginapan yang ‘bijak’ buat mereka yang tidak mahu berbelanja besar.

momos kl
Foto: Booking.com

Bukan saja menawarkan tempat penginapan yang menarik buat para pelancong, Chow Kit menurut Sanjay juga mempunyai barisan restoran yang dipengaruhi dengan binaan dan rekaan arkitek moden menarik seperti Joloko yang bertemakan vibe Caribbean.

joloko city nomads
Foto: City Nomads

Selain itu, deretan kelab malam dan bar di The Row yang terletak di kawasan Chow Kit juga menjadikan ia salah satu tarikan terbesar yang membuatkan ia dipilih menjadi destinasi utama untuk dilawati tahun ini.

joloko time out

Deretan kelab malam tersebut sudah berada di sana sejak tahun 1940-an lagi dan kini turut menempatkan restoran, kafe, dan juga galeri seni kreatif.

Jadi, kepada pembaca yang masih lagi tercari-cari destinasi untuk staycation bersama kawan dan keluarga, apa kata anda jadikan Chow Kit sebagai destinasi pilihan anda selepas ini.

Bukan saja dekat tetapi kita juga akan dapat menerokai keunikan yang terdapat di tengah-tengah kesibukan ibu kota Kuala Lumpur.

Baca perkongsian kami sebelum ini tentang hotel MoMo’s yang terletak di Chow Kit. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lihat Rekaan Hotel MoMo’s Di Chow Kit Yang ‘Hipster’ Tetapi Murah Ini

Satu-Satunya Rumah Tradisional Di Chow Kit, Kini Semakin Hilang