Walaupun bergelar seorang bilionaire dengan nilai kekayaan RM2.97 bilion, pelakon ternama Chow Yun Fat hanya membelanjakan RM424 sebulan untuk kegunaan harian. Bintang filem ternama ini dikhabarkan lebih gemar hidup dengan gaya sederhana.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Untuk makluman anda, Chow Yun Fat adalah pelakon dari Hong Kong yang terkenal dengan filem The Man From Macau, telah menerima anugerak Pelakon Terbaik Hong Kong sebanyak tiga kali dan Pelakon Terbaik Taiwan sebanyak dua kali. Beliau juga pernah terlibat dalam filem hebat Hollywood antaranya Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Pirates of the Caribbean: At World’s End.

Menurut isterinya Jasmine Tan, Chow Yun Fat lebih gemar makan makanan di gerai tepi jalan. Beliau juga masih menggunakan telefon bimbit yang dipakainya sejak 17 tahun lepas dan hanya akan menukar telefon bimbitnya jika telefon bimbitnya sudah rosak.

Bahkan, Chow Yun Fat selesa berpakaian lama yang baginya selesa untuk dipakai untuk keluar, malah beliau menggunakan pengangkutan awam jika hendak ke destinasi yang dituju. Perbelanjaan RM424 ini mungkin hanya meliputi belanja makannya ketika berada di luar dan kos menggunakan pengangkutan awam.

photo_2018-10-12_23-35-09

Ini menunjukkan walaupun beliau mempunyai kemampuan dari segi kewangan, tetapi beliau tetap berjimat cermat. Mungkin anda boleh jadikan Chow Yun Fat role model untuk anda berjimat ketika berbelanja.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group