Pastinya peminat tegar filem Marvel sudah tidak sabar untuk menantikan filem seterusnya daripada Marvel.Berkemungkinan Avengers 4 adalah filem seterusnya oleh pihak Marvel yang bakal ditayangkan nanti.

Menerusi entri Instagram salah seorang pelakon Marvel iaitu Chris Evans yang memegang watak sebagai Captain America, telah memberitahu umum bahawa beliau baru sahaja selesai menamatkan penggambaran semula Avengers 4.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BoiJgG3H7Sd/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1pbetoo8gyvqh

Apabila membaca sahaja perkongsian beliau, pastinya penonton dan peminat filem Marvel semakin teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan filem tersebut ditayangkan kerana setiap filem yang dihasilkan oleh Marvel tidak pernah mengecewakan penonton mahupun mendapat respon negative daripada mereka.

Namun, apa yang menarik disini adalah Chris Evan telah menulis di laman Twitter beliau dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong filem Marvel.

https://twitter.com/ChrisEvans/status/1047896966410190849

Chris Evan juga menyatakan emosi beliau yang terusik sedikit apabila mengenangkan beliau sudah hampir 8 tahun memegang watak Captain America dalam setiap filem Marvel sebelum ini dan sekarang sudah tamat menjalankan penggambaran filem seterusnya itu.

teamcevans_38809209_992599110923413_6547918599007240192_n

Melalui perkongsian beliau itu, Chris Evan seolah-olah memberi ‘hint’ kepada penonton dan peminat tegar filem tersebut bahawa beliau tidak akan muncul lagi sebagai Captain America di dalam filem Marvel yang seterusnya selepas ini.

Adakah betul apa yang disangka mahupun sebaliknya?

Sekiranya ‘hint’ yang diberikan oleh Chris Evans itu benar, pasti peminat tegar filem tersebut akan berasa sedih dan kecewa dengan berita tersebut. Bahkan ada kemungkinan, peminat tegar filem tersebut bakal meluahkan perasaan mereka dalam kelompok yang ramai untuk menunjukkan kesedihan dan kekecewaan mereka itu.

Nantikan sahaja tayangan filem Avengers 4 ini dan lihat sendiri apa yang bakal disampaikan oleh Marvel pada kali ini.