Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Filem Avengers: Endgame sebelum ini pernah menggemparkan dunia dengan gugurnya watak Ironman dan Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Rata-rata peminat filem Marvel meratapi kesedihan disebabkan kedua-dua superhero kegilaan ramai ini terpaksa dikeluarkan daripada MCU atas kehendak pelakon dan pengarah filem itu sendiri.

Terbaharu, menerusi perkongsian tweet ringkas pelakon Chris Evans juga Captain America dalam MCU menjelaskan sepertinya ada ura-ura yang mengatakan bahawa beliau akan mengembalikan semula watak Captain America dalam fasa keempat MCU dalam filem marvel yang seterusnya.

Kapsyen ringkas “News to me” berserta emoji ‘mengangkat bahu’ tanpa memetik nama Marvel, MCU dan Cap sudah cukup untuk mencipta khabar angin bahawa beliau akan mengembalikan Captain America di MCU seterusnya.

Memetik laporan Deadline, Chris dilaporkan masih dalam perbincangan untuk mengembalikan watak Captain America dalam projek filem Marvel yang akan datang. Khabarnya, Captain America hanya akan dipaparkan sebagai watak tambahan seperti yang pernah dilakukan oleh Robert Downey Jr yang berlakon untuk babak 10 minit sebagai Iron Man dalam filem Spider-Man: Homecoming.

Terdahulu, pengarah filem Avengers: Endgame, Joe Russo pernah mencuit Chris dengan kenyataan “not done yet” yang bermaksud tersirat perjuangan Captain America masih lagi belum selesai. Kini, nampak gayanya kenyataan tersebut menjadi hampir kenyataan dan disokong pula dengan hint yang digambarkan oleh Chris menerusi tweet tersebut.

“Kepada Marvel, saya akui bahawa saya sudah jatuh cinta kepada watak Captain America dan ia merupakan watak yang paling saya rindu untuk berlakon. Begitulah,” kata Chris sewaktu ditemu ramah wartawan Variety pada tahun 2019.

Chris juga pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau akan kembali sebagai Captain America seandainya jalan cerita filem atau drama bersiri Marvel bersesuaian dengan watak superhero tersebut.

Adakah Captain America benar-benar masih dikekalkan sebagai superhero di MCU yang seterusnya? Anda mestilah menunggu karya filem Marvel yang seterusnya untuk mengetahui sama ada betul atau tidak mengenai kesahihan khabar angin ini.

Sementara itu, Falcon dipilih sebagai Captain America yang baharu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mengapa Falcon dan Bukannya Bucky Dipilih Sebagai Captain America Yang Baharu

Evolusi Baju ‘Captain America’ Sepanjang 75 Tahun

Marvel Terangkan Captain America Sebenarnya Adalah ‘Secret Agent’ Untuk Hydra

Anda Mungkin Suka