Dua hari lepas, tular di Twitter mengatakan seorang gadis bernama Niyah Jimenez berjaya ‘berinteraksi’dengan pelakon ternama Chris Evans selepas beliau cuba nasib menghubungi number neighbor beliau.

Apa sebenarnya number neighbor ini? Ianya sebenarnya permainan untuk menghubungi nombor selepas nombor telefon anda. Sebagai contoh, jika nombor telefon anda adalah 0162243535, anda cuba tanya khabar pemilik nombor 0162243536.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

‘Nasib’ menyebelahi Niyah apabila number neighbor beliau adalah Chris Evans dan beliau berkongsikan tweet yang menunjukkan beliau membuat facetime dengan pelakon tersebut.

https://twitter.com/niyahjimenez/status/1159222466658439168

Tweet ini kemudiannya menerima lebih 72,000 kicauan semula dan lebih 267,000 likes. Namun, tuan punya badan akhirnya buka mulut.

https://twitter.com/ChrisEvans/status/1159919635413774337

Nampaknya tweet berkenaan hanyalah rekaan Niyah semata-mata. Gadis berkenaan membuat demikian mungkin kerana mahu perhatian dan Chris menegaskan perkara berkenaan tidak pernah pun berlaku.

Aktor Jeremy Renner turut membalas tweet Chris dengan berkata penipuan wujud di mana-mana sahaja ketika ini. Jadi, jika anda terjumpa sesuatu yang viral seperti ini di Twitter atau media sosial, berhati-hatilah kerana anda mudah sahaja boleh kena tipu.

P/S: Benarlah kata Thanos. Reality is often disappointing.

https://twitter.com/xsqoof/status/1159919821288435712