Selepas Thor, nampaknya Chris Hemsworth bakal pegang watak Hulk pula. Bukan Hulk daripada Marvel tetapi Hulk Hogan, legenda sukan gusti World Wrestling Federation (WWF).

Menurut laporan daripada Hollywood Reporter, Todd Phillips (The Hangover dan A Star Is Born) akan mengarah filem biopic Hulk Hogan ini. Jika semuanya berjalan lancar, filem ini akan ditayangkan di Netflix pada tahun hadapan.

Buat anda yang tidak mengenali Hulk Hogan, beliau adalah salah seorang penggusti era 1980an yang sangat dikenali di seluruh dunia. Fenomena ‘Hulkamania’ sangat kuat ketika zaman kegemilangannya dan antara detik paling diingati oleh peminat semestinya ketika beliau bertembung dengan seorang lagi legenda WWF, Andre The Giant.

Ramai peminat Chris Hemsworth dan Hulk Hogan teruja dengan pengumuman filem ini dan merasakan Chris adalah pelakon yang tepat untuk melakonkan watak Hulk Hogan. Cumanya, Chris perlu menjadi lebih ‘besar’ dan buff untuk menjayakan watak Hulk Hogan.

Jika beliau berjaya bina badan untuk Thor, tidak mustahil untuk beliau jadi lebih besar untuk watak Hulk Hogan. Bosslogic juga sudah memberi pandang pertama rupa Chris sebagai Hulk Hogan dan kami memang sudah tidak sabar untuk filem ini.