Nampaknya Sony punya idea yang hebat untuk franchise terkenal mereka, Men In Black. Mereka dalam usaha mendapatkan Chris Hemsworth untuk menyertai dunia Men In Black.

Karya spinoff Men In Black ini bakal mendapat sokongan daripada Steven Spielberg yang bertindak sebagai executive producer . Pengarah Straigh Outta Compton, F.Gary Gray berminat untuk mengarah filem ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, jika projek ini berjalan seperti yang dirancang, Will Smith dan Tommy Lee Jones tidak akan kembali sebagai Agent J & K.

https://www.youtube.com/watch?v=D96V7F8X4Uc

Projek ini bakal memberi ruang kepada muka-muka baharu untuk membintangi franchise Men In Black. Chris Hemsworth ternyata calon yang baik kerana kebolehan beliau membawa watak Thor sebelum ini. Lakonan bersahaja beliau dalam Ghostbusters juga membuktikan Hemsworth seorang yang talented dalam membawa sebarang watak yang beliau pegang.

Sebelum ini, ada perancangan dari Sony untuk menggabungkan siri Men In Black ini bersama 21 Jump Street tetapi projek itu ditangguh buat sementara. Jika Chris bersetuju untuk membintangi filem ini dan ianya berjaya, mungkinkah kita dapat lihat gandingan Chris, Jonah Hill dan Channing Tatum dalam satu filem?