Setelah menjalani sesi penggambaran tanpa henti selama lebih 12 bulan untuk Avengers: Endgame dan Men In Black, Chris Hemsworth nampaknya mengambil keputusan untuk ‘berhenti’ dalam dunia lakonan.

Keputusan itu dibuat kerana Chris mahu meluangkan lebih masa beliau bersama isteri, Elsa Pataky dan anak-anak di Australia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ketika ini, saya hanya mahu berada di rumah,” kata Chris ketika mengumumkan beliau mahu berhenti daripada berlakon di Hollywood.

Namun, keputusan berhenti ini hanyalah bersifat sementara. Chris hanya mahu berehat daripada dunia lakonan sepanjang tahun 2019 ini sahaja dan akan kembali aktif tahun hadapan.

“saya tidak mahu mengambil sebarang tawaran berlakon untuk tahun ini. Saya hanya mahu bersama anak-anak ketika ini. Mereka kini di usia yang sangat penting. Jadi saya perlu juga luangkan masa bersama mereka kerana saya akan kembali sibuk di masa akan datang,” terang Chris.

Tidak diumumkan lagi projek filem Chris untuk tahun depan tetapi kemungkinan besar beliau akan turut serta untuk filem Guardians Of The Galaxy 3. Sebelum itu, kita layan dahulu Men In Black: International di pawagam nanti.