Jika anda rasa watak Star-Lord seorang yang degil dalam MCU, beliau juga degil di dunia sebenar. Beliau berkongsikan satu video behind the scene ‘Avengers: Endgame’ yang rare kerana tidak pernah dikongsikan oleh mana-mana pihak termasuk Marvel Studios sendiri.

Dalam video selama kurang seminit ini, dapat dilihat Drax, Captain America, Thor, Winter Soldier, Black Panther, Mantis, Iron Man, Doctor Strange dan ramai lagi sedang berkumpul di set. Jika anda fikir setiap babak pergaduhan hanya dibuat menerusi CGI dan dilakonkan secara berasingan, anda silap kerana video ini membuktikan mereka juga perlu berlakon dan bertarung secara satu kumpulan jika perlu.

Zachary Levi, yang membawa watak Shazam! di dunia DCEU turut memberikan komen “Amazing” pada video yang dirakam Chris Pratt ini. Zachary turut mengagumi apa yang berlaku di belakang set penggambaran filem Endgame.

Walaupun beliau adalah ‘mat punca’ terjadinya Endgame, rasanya peminat sudah boleh memaafkan beliau kerana video ini. Benar kata Chris; jika beliau mengikut sahaja arahan yang tidak membenarkan sebarang rakaman peribadi ketika di set, tidak mungkin momen hebat ini dapat disebarkan di media sosial.

Cuba anda lihat wajah Chris Evans. Mereka memang enjoy ketika berlakon untuk Endgame. Terima kasih Star-Lord!