Walaupun Christian Bale sudah sangat sinonim dengan watak Bruce Wayne, tetapi ia tidak menghalang beliau untuk muncul pula di Marvel Cinematic Universe (MCU).

Menurut laporan Collider, Christian Bale sedang dalam perbincangan untuk muncul dalam filem sekuel Thor: Love & Thunder. Namun, tiada info berkenaan watak mana yang akan dipegang oleh Christian Bale.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, ada ura-ura mengatakan Christian Bale akan memegang watak yang lebih besar dan akan turut muncul dalam filem Guardians Of The Galaxy 3. Watak berkenaan adalah Adam Warlock.

Di usia mencecah 45 tahun, Christian Bale masih fit untuk memegang watak superhero. Dan laman The Marvel Hub juga telah berkongsikan rupa Bale sekiranya beliau memegang watak Adam Warlock.

Namun, ada yang kurang setuju jika Bale memegang watak Adam Warlock. Ramai yang lebih teruja sekiranya Bale memegang watak Beta Ray Bill, antara watak yang cukup popular dalam franchise komik Thor.

Sebelum ini, pelakon Keanu Reeves turut dicanang oleh peminat sebagai antara pelakon yang sesuai untuk membawakan watak Adam Warlock. Namun, Keanu masih belum membuat keputusan sama ada akan menyertai filem Marvel atau pun DC Comics di masa akan datang.

Untuk kes Bale pula, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Marvel berikutan khabar angin ini.

Watak mana yang anda mahu Christian Bale pegang dalam MCU nanti? Sebelum itu, lihat pandang pertama Jared Leto sebagai Morbius.

Gagal Sebagai Joker, Tonton Pandang Pertama Jared Leto Dalam MORBIUS

Marvel Studios Sekali Lagi Kongsikan Trailer Rasmi Black Widow Secara Mengejut