Christian Bale sedang berunding untuk menyertai Marvel Studios ‘Thor: Love and Thunder dan Reporter Hollywood melaporkan bahawa watak yang bakal diberikan kepada beliau masih menjadi rahsia.

Chris Hemsworth bakal membuat kebangkitan semula sebagai God of Thunder, dengan Natalie Portman dilaporkan turut kembali memegang watak Jane Foster.

Taika Waititi akan kembali ke kerusi pengarah selepas Thor: Ragnarok 2017, dengan Tessa Thompson juga dijangka kembali sebagai Valkyrie.

Bale sebelum ini pernah memainkan watak Bruce Wayne/Batman dalam trilogi Dark Knight, arahan Christopher Nolan yang dianggap sebagai filem terbaik yang pernah dihasilkan.

Pelakon kelahiran United Kingdom ini telah tercalon empat kali pada anugerah Oscar dan baru sahaja membintangi filem Ford v Ferrari.

Christian Bale terkenal dengan cara lakonan beliau yang mantap. Klik pautan di bawah untuk membaca tulisan mengenai Bale di dalam The Big Short.

Anda Perlukan Asas Pemahaman Kewangan Untuk Menonton ‘The Big Short’

Seakan Kereta Batman, Lamborghini Lancarkan Model Terbaru V12 Vision GT

Sumber