Tersenyum saya membaca status-status di Facebook terutama yang ditulis oleh orang berusia lewat 20-an ke atas. Mereka terpinga-pinga apakah itu ‘cia cia cia’ yang sering ditulis di status atau komen di media sosial. Ada juga bertanya sama sendiri dan masih tidak tahu akan jawapannya.

Petikan dari media sosial
Petikan dari media sosial

Pastinya tidak ‘in’ jika tak tahu what’s going on di dalam masyarakat muda kita hari ini. Jadi, dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya memerhati dan melihat trend ini. Dan sempat juga saya bertanya kepada mereka yang sering menulis ‘cia cia cia’ itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

‘Cia cia cia’, ‘chia chia chia’ atau ‘shia shia shia’ biasanya ditulis selepas ayat yang mempunyai unsur memikat (aka pick up line) hati wanita.

cia

Trend ini bermula selepas rancangan Sepahtu Reunion bersiaran di stesen televisyen hujung akhir tahun lepas. Dan ia diakui oleh mereka yang mengamalkan perkataan tersebut. Mereka meminta saya menonton Sepah Reunion kerana disitu bersepah perkataan tersebut digunakan.

Inilah antara petikan dari rancangan Sepahtu Reunion:

Asal usul trend 'cia cia cia'

Posted by Rancang Hidup Sejak Jatuh Cinta on Saturday, March 5, 2016

Nampaknya ‘cia cia cia’ itu adalah gelak ketawa geng Sepahtu Reunion selepas mengayat ayat-ayat manis buat artis undangan mereka.

Petikan dari media sosial
Petikan dari media sosial

Mungkin akan ada orang mempertikaikan bahawa idea asal ‘cia cia cia’ adalah dari Opera Van Java seperti mana yang dikomen oleh beberapa netizen media sosial.

Tapi hakikatnya, kerana Sepahtu Reunion lah bermulanya trend ‘cia cia cia’ di Malaysia.

Baiklah selesai sudah satu lagi misteri kemunculan trend di Malaysia. Sebelum ini saya pernah dedahkan siapa Diana yang membanjiri teks mesej pasangan di Malaysia. Jika anda belum baca tentang itu, klik sini.