Tempat persembunyian Osama bin Laden, pengganas yang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat dilaporkan terbongkar dari pakaian yang telah dijemur oleh isterinya. Pakaian terbabit menjadi antara petunjuk utama untuk pasukan penyiasat CIA mencari kediaman yang menjadi tempat persembunyian Osama.

Penemuan ini dinyatakan oleh penganalisis keselamatan nasional dan bekas penerbit CNN, Peter Bergen di dalam bukunya yang bertajuk The Rise and Fall of Osama bin Laden yang akan dikeluarkan pada 3 Ogos yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan bahawa selepas serangan 9/11 yang mensasarkan World Trade Center dan telah mengorbankan 2,977 nyawa. Keluarga Osama telah berpecah dan dia sendiri bersembunyi di sekitar pergunungan di Afghanistan dan Pakistan utara.

Pakistani media personnel and local resi
Foreign Policy

Pada tahun 2004, ketika AS sibuk berperang di tanah Afghanistan dan Iraq, Osama telah mengarahkan pengawal peribadinya Ibrahim Saeed Ahmed untuk membeli sebidang tanah di Abottabad, Pakistan. Osama juga mengupah seorang arkitek yang bertanggungjawab membina rumah tersebut bagi menampung keluarganya.

Ibrahim kemudiannya membeli tanah bernilai USD$ 50,000 atas namanya sendiri dan memulakan segala perancangan untuk membina rumah mengikut spesifikasi yang diarahkan oleh Osama. Rumah itu dibina dengan tiga tingkat dengan lapan bilik tidur. Difahamkan bahawa Osama berada di tingkat paling atas yang mengandungi bilik tidur, bilik mandi, ruang belajar dan teres. Manakala keluarganya mula berpindah ke rumah tersebut pada tahun 2005.

Ibrahim dan keluarganya juga diberikan tempat tinggal di sekitar kawasan rumah Osama. Mereka juga telah melaksanakan protokol keselamatan yang ketat agar pergerakan mereka tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Untuk membuat panggilan, mereka akan menggunakan telefon awam di sekitar ibu kota dan jika menggunakan telefon bimbit, mereka akan mengeluarkan bateri untuk mengelak daripada dikesan.

1756027Osama-bin-Laden-nonton-televisi780x390
US Department of Defence/Getty/Mirror

Sejak berpindah ke sana, keluarga Osama dikatakan jarang keluar daripada rumah, kecuali Amal El Sadah, isteri ketiga Osama yang difahamkan telah berkunjung ke hospital tempatan bagi melahirkan anak. Ketika di hospital, dia telah menggunakan kad pengenalan palsu dan berpura-pura pekak untuk mengelak daripada sebarangan pertanyaan yang mencurigakan.

Tiada bukti gambar, hanya berpandukan kain di jemuran

Pada 2010, penyiasat CIA mendapat petunjuk baru. Seorang pemberi maklumat di bandar Pakistan melihat seorang lelaki dipercayai Ibrahim, pengawai setia kepada Osama. Sejak itu, CIA mula mengekori Ibrahim sehinggalah pada Ogos 2010 kereta yang dipandu Ibrahim telah membawa CIA ke rumah setinggi 5.4 meter dengan pagar kawat berduri.

2a4af5f1-9656-4f2b-9455-76492bde1010-1020×612
The Guardian

Siasatan awal CIA mendapati bahawa rumah itu tidak mempunyai jaringan internet dan talian telefon. Ini telah menimbulkan rasa aneh bagi para penyiasat kerana rumah yang besar sudah pasti pemiliknya adalah orang kaya, tetapi tidak dilengkapi dengan internet mahupun talian telefon.

Tidak mahu mengambil sikap terburu-buru, pihak CIA telah mendirikan sebuah rumah selamat berhampiran rumah Osama. Mereka memerhati setiap gerak geri yang berlaku di dalam rumah tersebut.

Selama pemerhatian CIA, jiran-jiran di kawasan tersebut semuanya membuang sampah seperti biasa, tetapi ada satu rumah yang sering membakar sampah mereka. Selain itu, rumah itu juga didapati mempunyai kebun kecil yang menghasilkan epal, sayur-sayuran, anggur, madu bahkan ayam dan lembu untuk dimakan.

osama-bin-laden-killed-newspapers
Atlantic Council

CIA menjadi bertambah yakin bahawa itu adalah rumah Osama melalui pakaian yang disidai di jemuran setiap hari. Menurut CIA, pakaian itu termasuk pakaian lelaki dewasa, wanita dewasa, anak dan cucu. Melalui pemerhatian pakaian, ia sangat sesuai dengan profil Osama yang berpoligami sehingga mempunyai tiga isteri, lapan anak bongsu dan empat orang cucu.

Melalui segala bukti dan pemerhatian CIA, pada 14 Disember 2010 badan penyiasatan AS itu menghantar laporan kepada Presiden Barack Obama. Kata Bergen, hasil siasatan CIA yang dipersembahkan kepada Presiden AS itu tidak mempunyai bukti gambar bahawa Osama berada di sana, tetapi Obama yakin dengan laporan CIA.

Dia kemudiannya memerintahkan US Navy Seals untuk merancang operasi dan pada 1 Mei 2011, Amerika Syarikat telah mendakwa bahawa mereka akhirnya berjaya membunuh Osama bin Laden pada usia 54 tahun.

Mesir hukum bunuh 12 tokoh kanan Ikhwanul Muslimin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mesir Hukum Bunuh 12 Tokoh Kanan Ikhwanul Muslimin

53 Fakta Menarik Tentang Afghanistan Buat Anda Yang Ingin Travel Ke Sana